Travel Solo – Gadis ini dedah trick ambil gambar menarik tanpa selfie atau pegang selfie stick!

Biasanya bila travel solo, agak sukar untuk rakam gambar sendiri dengan aksi bersahaja. Kebanyakan daripada kita sama ada perlu selfie, pegang selfie stick atau letakkan tetapan self timer di kamera

Tapi berbeza pula dengan pemilik akaun Facebook Cik Yoon Hee, atau nama sebenar beliau Cik Norazizah Hassan. Gambar-gambar travel beliau kelihatan bersahaja dan natural, meskipun sedang travel secara solo.

Meneliti perkongsian di akaun Facebook beliau, berikut antara rahsia yang telah di kongsikan oleh gadis ini;

“Orang kata travel solo susah nak ambil gambar sendiri. Tapi, percaya tak kalau saya cakap semua gambar ni diambil sendiri oleh saya?

Hanya guna GoPro je tanpa stick. Saya akan letak di celah-celah dinding, batu, pokok, meja dan apa-apa yang rata dan tinggi.

Kenapa GoPro? Sebab ia kecil dan tak kan ada sesiapa yang akan perasan walaupun tempat tu ramai orang.

Saya akan set video+photo dan mula berjalan dan hayati pemandangan di situ tanpa perlu risau. Gambar-gambar diambil akan jadi natural dan cantik sebab diambil secara candid” – Cik Yoon Hee.

Tertarik dengan tips yang beliau kongsikan, saya menghubungi Cik Yoon Hee untuk mendapatkan info lanjut.

Menurut Cik Yoon Hee, gambar-gambar berikut telah dirakam sewaktu trip ke Jepun dan Korea selama 18 hari baru-baru ini. Pemergian beliau ke Jepun dan Korea Selatan adalah secara solo.

Setibanya di sana, beliau sertai kumpulan backpacker berasingan, dan hanya berkenalan dengan ahli kumpulan di lokasi terbabit. Sewaktu di Busan, Korea Selatan pula beliau bergerak secara solo sepenuhnya.

Meskipun bergerak dalam kumpulan, Cik Yoon Hee lebih gemar mengambil masa untuk rakam gambar dan video secara berseorangan berbanding selfie.

Ditanya tentang pengalaman sewaktu merakam gambar dan video secara solo, menurut Cik Yoon Hee, pernah juga terjadi insiden yang agak mencuit hati.

Masa di pantai Gwangalli, GoPro saya hampir dilarikan ombak. Masa tu 2 orang Korea menjerit dalam bahasa Korea. Mereka risau jika GoPro saya dibawa lari ombak.

GoPro saya juga tak pernah jatuh walaupun saya selit di pokok. Saya juga pernah letak GoPro atas pagar rooftop semasa di Gamcheon Cultural Village. Walaupun agak inggi, alhamdulillah masih selamat. Yang penting sentiasa berhati-hati.

Baca: 12 Lokasi Menarik Di Luar Seoul Yang Mesti Anda Kunjungi Jika Ke Korea Selatan

Peristiwa lucu

Peristiwa paling lucu bagi Cik Yoon Hee adalah sewaktu di Everland, Korea Selatan. Beliau letak GoPro di atas tong sampah dan kemudiannya mula menikmati pemandangan di situ.

Sambil saya berjalan di sekitar situ tiba-tiba ada cleaner datang nak ambil sampah. Saya cepat-cepat berlari ambil GoPro. Terkejut cleaner tu bila lihat saya berlari ke arah tong sampah. Saya terus ucap “anyeong haseyo” hehehehe. Cleaner tu tersenyum dan menyangka saya berlari kerana nak ucap hello kepada dia.

Tips lain yang turut dikongsikan oleh Cik Yoon Hee adalah:

1. Lihat sekeling terlebih dahulu sebelum letak GoPro.

2. Jika terdapat ramai orang di sekeliling, sabar, duduk dan perhatikan suasana sekitar. Situasi ini pernah beliau alami di Taejongdae Park, Busan.

Saya nak dapatkan angle dan shot terbaik, saya duduk observe sekeliling sampai dah kurang orang, saya letak GoPro dan mula rekod. Saya akan setup video+photo. Secara automatik GoPro akan rekod video dan ambil gambar pada masa yang sama. Apa-apa pun sentiasa berhati-hati. Jika tak yakin, pilih tempat lain yang tak ramai orang.

3. Menurut Cik Yoon Hee beliau sebenarnya peminat Casey Neistat, seorang vlogger terkenal. Melalui vlogger ini beliau belajar tentang gorillapod dan skil videography merakam pengembaraan sendiri tanpa orang lain.

Kita boleh jadi cameraman untuk diri sendiri dengan letak di mana-mana kamera dan rekod diri kita secara spontan.

4. Sejak itu Cik Yoon Hee lebih gemar merakam video menggunakan handycam dan GoPro. Cik Yoon Hee dan rakan beliau akan letak GoPro di mana-mana tempat yang sesuai untuk merakam aktiviti yang sedang mereka lakukan terutama sewaktu mengembara di dalam dan di luar negara.

Bila saya travel sendiri, saya praktiskan dengan GoPro sebab kecil dan mudah disorokkan.

5. Tips tambahan GoPro: Jika nak ambil gambar sahaja tanpa video, boleh gunakan setting timelapse atau hubungkan dengan applikasi GoPro di dalam telefon pintar. Tetaapi  beliau jarang gunakan applikasi di dalam telefon pintar untuk menjimatkan pengunaan bateri telefon pintar di sepanjang tempoh mengembara.

Jom layan aksi bersahaja yang telah dikongsikan oleh Cik Yoon Hee. Memang nampak menarik.

KAWAGUCHIKO STATION, JEPUN

AOKIGAHARA FOREST, JEPUN

UENO PARK, JEPUN

HIROSHIMA MEMORIAL PARK, JEPUN

FUSHIMI INARI, KYOTO, JEPUN

ARASHIYAMA BAMBOO FOREST, JEPUN

AFTER ROMANTIC TRAIN, JEPUN

UNIVERSAL STUDIO JEPUN

NAMI ISLAND, GAPYEONG, KOREA SELATAN

NAMI ISLAND, GAPYEONG, KOREA SELATAN

CHEONGYECHEON STREAM, SEOUL, KOREA SELATAN

GYEONGBUKGONG PALACE, SEOUL, KOREA SELATAN

HANOK VILLAGE, SEOUL, KOREA SELATAN

HANOK VILLAGE, SEOUL, KOREA SELATAN

EWHA WOMANS UNIVERSITY, SEOUL, KOREA SELATAN

KTX EXPRESS TRAIN TO BUSAN

EVERLAND, SEOUL, KOREA SELATAN

EVERLAND, SEOUL, KOREA SELATAN

TAEJONGDAE PARK, BUSAN, KOREA SELATAN

TAEJONGDAE PARK, BUSAN, KOREA SELATAN

GAMCHEON CULTURAL VILLAGE, BUSAN, KOREA SELATAN

GAMCHEON CULTURAL VILLAGE, BUSAN, KOREA SELATAN

GWANGALLI BEACH, BUSAN, KOREA SELATAN

ORYUKDO ISLAND, BUSAN, KOREA SELATAN

ORYUKDO ISLAND, BUSAN, KOREA SELATAN

HAEUNDAE BEACH, BUSAN, KOREA SELATAN

TAEJONGDAE PARK, BUSAN, KOREA SELATAN

KANSAI AIRPORT, OSAKA, JEPUN

GUESTHOUSE, BUSAN, KOREA SELATAN

GYEONGBUKGONG PALACE, SEOUL, KOREA SELATAN

Sumber: The Vocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!