Susu Ibu Jimatkan Wang

 

Walaupun dia yang paling kecil dalam keluarga tetapi jangan terkejut kerana kos perbelanjaannya paling mahal. Keperluannya termasuk pakaian, lampin pakai buang, susu dan bermacam-macam lagi menelan belanja yang banyak.

Makanan awal bayi baru lahir pastinya susu ibu. Anda punya dua pilihan sama ada memberinya susu ibu atau susu formula. Apa maksud exclusive breastfeeding?

Slide presentation semasa kami menghadiri kelas Menyusu Bayi oleh Dr Suria (Normah Medical Specialist)

Terdapat pelbagai jenis susu formula yang dicipta mengandungi bermacam-macam rumusan khasiat untuk bayi. Namun jangan terkejut apabila melihat kebanyakan harga setin susu formula mencecah hampir RM100.

Bayangkan setiap bulan anda perlu membeli sekurang-kurangnya tiga hingga empat tin susu untuk bayi, jadi berapa kos yang dihabiskan untuk susu sahaja. Itu belum termasuk lampin pakai buang dan lain-lain.

Cara terbaik untuk menjimatkan kos sudah semestinya memberi si comel susu ibu (exclusive breastfeed). Selain ia berkhasiat dan mudah diberi kepada bayi pada bila-bila masa, susu ibu juga menjimatkan wang anda. Benarkah?

Dr Suria yang access kelahiran pertama isteri saya memberi nasihat lebih kurang begini:

Situasi 1: Susu Formula

Rina memberi bayi baru lahirnya susu formula. Sebulan dia perlu mengeluarkan belanja kira-kira RM240 untuk empat tin susu yang berharga RM60 setin. (average price Langkah 1 Anmum).

Harga sekarang sekitar RM65 untuk satu tin

Selain daripada itu, anaknya juga kerap mendapat batuk dan selesema. Boleh dikatakan dua bulan sekali pasti dia membawa anaknya berjumpa doktor kanak-kanak. Kos ubat-ubatan menelan belanja antara RM80 – RM120 setiap kali berjumpa doktor.

Kos pengiraan: RM240 x 12 bulan = RM2,880 (hanya utk susu formula sahaja).

** Nota: Harga susu juga akan semakin meningkat disebabkan kenaikan inflasi..

Situasi 2: Exclusive Breastfeeding

Sarah juga baru melahirkan bayi. Dia berazam menyusukan bayinya dengan susu ibu sejak hamil lagi. Sebelum bersalin dia melaburkan sebanyak RM699 (Medela Swing) untuk membeli pam susu dan aksesori penyusuan yang lengkap sebagai persediaan.

Dia turut membeli peti sejuk khas untuk menyimpan stok susu perahan yang berharga kira-kira RM500. Sepanjang setahun kehidupan anaknya, dia jarang demam atau selesema. Jadi dia dapat menjimatkan kos ubat-ubatan dan susu sekali gus.

Selepas melihat dua situasi tersebut, kita dapat buat kesimpulan yang mana satu membantu penjimatan wang sepanjang tahun pertama membesarkan anak. Secara kasarnya jika menyusukan anak dengan susu ibu, anda dapat menjimatkan wang antara RM1,500 hingga RM2,500 (yang diperuntukan untuk membeli susu formula ketika tahun pertama anak).

Slide presentation semasa kami menghadiri kelas Menyusu Bayi oleh Dr Suria (Normah Medical Specialist)

Lebih lama anak menyusu ibu maka lebih besar penjimatan yang dilakukan. Sebagai perkongsian ini adalah anggaran kos penjimatan penyusuan anak-anak saya:

  1. Armand Hani Hadeef – Medela Swing (RM699).
    • Exclusive breastfeeding selama 1 tahun 2 bulan.
  2. Altamis Hani Harris – Medela Swing Armand masih elok. (RM0 cost)
    • Exclusive breastfeeding selama 1 tahun.
  3. Aaron Hani Haziiq – * Medela Freestyle (RM2,000) + Mini freezer (RM500)
    • Usia sekarang 1 tahun 1 bulan dan masih exclusive breastfeed.
    • Target maksimum 2 tahun.
Set idaman semua wanita bergelar ibu iaitu Medela Freestyle. Memudahkan mereka mengepam susu bayi ketika kerja atau travelling. Teknik Ar Rahnu sangat membantu jika anda kekurangan cash.

Bagi saya penjimatan itu boleh disalurkan ke tempat lain misalnya tabung pendidikan anak misalnya Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold. Setiap tahun boleh dapat sekitar 10-20 gram emas.

Pilihan di tangan anda. Selain bayi mendapat kebaikan daripada susu ibu, papa dan mama turut boleh menjimatkan jumlah wang yang sangat besar.

Paling penting, kedua-dua suami isteri mesti mencapai kata sepakat lebih awal tentang exclusive breastfeed so that sama-sama tahu apa cabaran bakal dihadapi.

Sama-sama membaca buku berkenaan exclusive breastfeed sebelum tidur agar si isteri tak terbeban dengan perkara tak sepatutnya sehingga fokus menyusu hilang akhirnya mengalah.

Nota seorang bapa:

  • Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta
  • 1:47 pagi pada 28 December 2016
  • Kuching, Sarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!