Simpan emas ni tak perlu modal besar!~ 1 gram setiap bulan ok kan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tuan puan pembaca sekalian.

Saya nak tanya anda beberapa soalan.

  1. Adakah anda mencari-cari peluang untuk membeli emas dengan modal yang paling rendah?
  2. Adakah anda berhasrat mengumpulkan emas dengan gram yang kecil seperti 1 gram?
  3. Adakah anda mahu emas anda disimpan dengan selamat secara PERCUMA sehinggalah anda berhasrat mengambilnya nanti?
  4. Adakah anda ingin membeli emas dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding harga di kedai emas?
  5. Adakah anda ingin membeli emas dengan kaedah yang paling mudah tanpa perlu bergegas ke bank?
  6. Adakah anda ingin kemudahan membeli dan menjual emas 24 jam sehari, 365 hari setahun?
  7. Adakah anda ingin menukarkan simpanan wang anak-anak kesayangan anda ke dalam bentuk emas fizikal?

JIKA JAWAPAN ANDA ADALAH YA. TERUSKAN BACAAN.

Jawapan kepada semua soalan anda semuanya terjawab di dalam artikel ini

Anda pasti inginkan pelaburan emas terbaik bukan?

Seterusnya, Sebagai pelabur emas anda tentu inginkan emas yang terbaik bukan?

Contohnya:

  1. Anda mahu emas paling tulen. Berkualiti 999.9 (24 karat)
  2. Mudah dibeli dan dijual tanpa perlu bersusah-susah seperti beli kat bank?
  3. Harga pula murah berbanding harga di kedai emas?
  4. Stok yang sentiasa ada. Tidak seperti kat bank. Bila call selalu tak ada stok
  5. Modal yang sangat rendah. Hanya 1 gram sahaja. Kalau nak lebih pun boleh. Sangat fleksibel.
  6. Boleh menukarkan wang simpanan anak-anak kesayangan anda ke dalam bentuk emas fizikal.

Jika jawapan anda ialah YA untuk kesemua soalan-soalan diatas, ada berita baik untuk anda.

Syarikat pengeluar emas terkemuka di Malaysia, Public Gold menawarkan peluang kepada anda untuk menyertai program simpanan emas fizikal.

Program ini dinamakan Gold Accumulation Program atau singkatannya GAP

gap_poster

GAP bertujuan memudahkan anda menyimpan@membeli emas dengan modal kecil.

Dengan menyertai program GAP ini, anda boleh:

  1. Mengumpulkan emas fizikal dengan modal yang sangat rendah.
  2. Mengeluarkan emas fizikal
  3. Boleh buat simpanan emas untuk diri sendiri ayau untuk anak-anak anda.

Anda bertanya “Berapa rendah modalnya?”

Jawapannya: RM100 atau 1 gram emas sahaja.

Perbandingan diantara GAP dan Akaun Simpanan Emas (Kuwait Finance House)

Saya lihat program GAP ini lebih kurang seperti akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh KFH.

Jika untuk akaun simpanan emas KFH, konsepnya ialah anda beli emas, kemudian KFH akan simpankan emas anda secara percuma. Jika anda rasa nak keluarkan emas tersebut, maka bila-bila masa anda boleh ke cawangan KFH dan keluarkan emas fizikal. Jadi anda tak perlu risau aspek penyimpanan.

Untuk membuka akaun KFH ini, anda perlu membeli 10 gram emas. Kemudian anda boleh keluarkan emas fizikal dari dalam akaun KFH ini tertakluk kepada baki minimum 2 gram di dalam akaun.

Bagaimana dengan Public Gold GAP?

Untuk Public Gold GAP pula,  konsepnya ialah anda beli emas, kemudian Public Gold akan simpankan emas anda secara percuma.

Anda boleh tambah emas ini bila-bila masa sahaja. Akaun ini tiada tarikh luput.

Anda boleh keluarkan emas fizikal daripada akaun GAP ini bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia (klik sini) tertakluk kepada baki minima 1 gram di dalam akaun GAP.

Perbezaan antara GAP dan KFH adalah:

public_gold_vs_kfh

Kualiti emas:

KFH menggunakan jongkong emas dengan ketulenan 995 manakala Public Gold GAP mengunakan emas 999.9   (lihat gambar dibawah)

kfh_1gram
/>
comparison

  • Untuk buka akaun dengan KFH anda mesti buat pembelian 10 gram, PG pula dengan 1 gram sudah memadai.
  • Untuk penambahan emas pula dengan KFH anda perlu membuat pembelian 5 gram manakala PG hanya 1 gram
  • Untuk pengeluaran emas fizikal dengan KFH anda boleh mengeluarkan dalam bentuk 100 gram manakala dengan PG anda boleh mengeluarkan serendah 1 gram.

 

public_gold_gap_patuh_syariah

Rakan-rakan saya yang mahir di dalam bidang Muamalat memaklumkan bahawa urusniaga GAP adalah patuh syariah jika anda berurusniaga beli dan jual berdasarkan berat gram.

Ini kerana Public Gold mempunyai emas 1 gram yang boleh diakad beli dan jual. Kalau simpan dalam nilai RM100, maka dikhuatiri tidak patuh syariah.

Jika anda mahukan urusniaga patuh syariah 100% maka saya cadangkan anda membuka, top-up dan menjual GAP dalam unit gram.

Wallahu”alam.
.

Ok! Bagaimana anda boleh menyertai GAP?

  1. Anda boleh membuka akaun GAP dengan modal RM100 atau 1 gram emas.
  2. Anda top-up emas ke dalam akaun GAP mengikut kemampuan anda.
  3. Kemudian, anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP ke dalam bentuk jongkong emas Public Gold.

Kat mana anda nak tengok harga emas GAP?

Anda boleh lihat harga emas GAP di www.publicgold.com.my

Public_Gold_GAP_price

Kelebihan  Gold Accumulation Program:

  • Anda boleh mengumpul emas fizikal dengan ketulenan 999.9 (24k)
  • Anda boleh buat pembelian minimum RM100 ataupun 1 gram emas
  • Pembelian ini akan ditukarkan kepada berat emas
  • sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001gm).
  • Disokong 100% oleh emas fizikal
  • Tiada yuran simpanan
  • Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
  • Diaudit oleh juruaudit bebas
  • Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun

gap poster

Pengalaman saya menyertai program GAP.

Saya sendiri telah membuka akaun GAP sebagai kaedah menyimpan emas.

Kemudian saya top-up akaun GAP ini mengikut kemampuan.

Akhirnya, saya telah mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP.

Sebagai pemegang akaun GAP, saya boleh mengeluarkan emas fizikal anda di mana-mana cawangan Public Gold (17 cawangan di seluruh Malaysia)

Memang mudah.

 

Gambar: Salah satu cawangan Public Gold (di Sunway)

 

Siapa yang sesuai membuka akaun GAP ini?

  1. GAP sesuai dibuka untuk mereka yang ingin membuat simpanan emas secara konsisten.
  2. Ia juga sesuai untuk mereka yang ingin menyimpan emas dengan modal yang rendah
  3. Ia sesuai bagi mereka yang ingin mendapatkan emas fizikal.
  4. Mereka yang ingin menabung emas bagi anak-anak (secara joint account)

Gambar: Jongkong Emas 1 gram Public Gold (depan)

Gambar: Jongkong Emas 1 gram Public Gold (belakang)

Pengeluaran emas fizikal daripada GAP.

Sebagai pemengang akaun GAP, anda boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa sahaja (dengan syarat anda tinggalkan baki minimum 1 gram di dalam akaun GAP anda).

Anda boleh memilih samada ingin mengeluarkan:

  1. Jongkong emas 999.9
  2. Dinar emas 999.9

Caranya, anda hanya perlu telefon mana-mana cawangan Public Gold dan meminta untuk mengeluarkan emas fizikal.

Sungguh mudah.

  • Sebagai contoh, untuk mengeluarkan sekeping emas 1 gram, anda hanya perlu ada 2 gram emas di dalam akaun GAP anda.
  • Jika anda ingin mengeluarkan 20 gram emas fizikal, maka anda perlu ada 21 gram emas di dalam akaun GAP anda.

Banyak pilihan emas fizikal.

Anda mempunyai banyak pilihan.

Anda boleh mengeluarkan emas  jongkong emas di dalam berat berikut:

  • 1 gram
  • 5 gram
  • 10 gram
  • 20 gram
  • 50 gram
  • 100 gram
  • 250 gram
  • 500 gram

Atau anda boleh memilih Dinar Emas Public Gold 999.9 di dalam bentuk berikut:

  • 1/2 dinar (2.125 gram)
  • 1 dinar (4.25 gram)
  • 5 dinar (21.25 gram)
  • 10 dinar (42.50 gram)

Anda boleh simpan banyak emas di dalam akaun GAP anda dan mengeluarkan jongkong emas yang lebih besar.

  • Contoh, anda target nak beli emas 100 gram. Jadi anda simpanlah sedikit-demi sedikit emas di dalam akaun GAP anda sehingga mencecah 101 gram.
  • Lepas tu anda terus keluarkan 100 gram jongkong

Ini adalah sebahagian daripada jongkong emas yang anda boleh keluarkan daripada akaun GAP.

DinarLBMA2
Dinar LBMA Public Gold
lbma
Goldbar LBMA Public Gold

 

Transaksi jual beli boleh dipantau melalui GAP online account.

  • Setiap pemegang akaun GAP akan diberikan satu online account bagi memantau urusniaga belian dan jualan GAP anda.
  • Public Gold akan memberikan anda username dan password untuk akaun GAP anda.
  • Ia memudahkan anda melihat urusniaga belian dan jualan GAP anda secara online di www.publicgold.com.my

Gambar dibawah adalah contoh online account GAP saya (klik gambar untuk besarkan)

Gambar: Online account untuk pemengang akaun GAP

Setelah login, saya boleh melihat semua urusniaga GAP yang telah dilakukan mengikut bulan.

Penyata urusniaga akaun GAP ini lengkap dengan data pembelian dan pengeluaran emas fizikal anda (klik gambar untuk besarkan)
CaptureGambar: Statement GAP anda boleh dilihat melalui online account.

Dengan adanya rekod urusniaga secara online, ia akan meudahkan anda memantau dan membuat strategi simpanan emas dengan lebih berkesan.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Pepatah Melayu ada menyebut, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Walaupun GAP ini adalah tabungan sedikit-sedikit mengikut kemampuan anda, tapi lama-lama emas anda akan banyak juga.

Apa yang penting adalah konsistensi anda menyimpan emas.

Cara membuka akaun GAP

slide11

Contoh:

picture1

Selepas membaca panduan ini, anda boleh terus membuka akaun GAP untuk diri sendiri atau untuk anak-anak tersayang. Akaun ini tidak ada tarikh tamat dan anda boleh top-up bila-bila masa sahaja.

Jika anda perlukan bantuan berkenaan GAP atau pelaburan emas,

Sila whatsapp/sms/call saya di talian 019-8884452

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!