Shopping Heaven di Chatuchak Market, Bangkok!

[Ciplak dengan izin dari website myzarafini.com – website wife saya ;)]

Hari ke-2 di Bangkok, saya dah sediakan tentative aktiviti di sini. Yup, saya mungkin nampak skema. But i nak pastikan masa terisi sebaiknya sekaligus everything berjalan dengan lancar. Proposal ini telah saya discuss with alasan yang kukuh dengan Encik HH agar kami bersama- sama happy & agree dengan trip ini. Kalau sorang setuju, sorang tak setuju tak best juga kan? So tentatif program adalah seperti dibawah:

Melalui pengalaman traveller sebelum ini, lokasi Chatuchak Market agak jauh (sekitar 30 minit). So kami decide naik teksi dari hotel Baiyoke Sky Hotel. Kos teksi adalah 150 baht (anda mesti pandai nego).

chatuchak
Jarak dari hotel ke Chatuchak Market
  • Chatuchak Market ni terdiri daripada 8,000 buah kedai dan menjual bermacam- macam jenis barang seperti pakaian, kraftangan, haiwan malah ada menyediakan service penghantaran barang ke Malaysia (mana tahu anda nak borong banyak barang).
Chatuchak Market Map
  • Before ke sini kami dah breakfast siap- siap, makan roti gardenia dan maggie. Kami tak breakfast di hotel sebab kami bangun lewat!
  • Cuaca di Bangkok memang panas. Recommended anda just pakai outfit yang simple sahaja untuk ke Chatuchak Market. Slipper/ flat shoe is recommended! And for kids bagi mereka pakai sleeve-less dan short is memadai. Stroller mesti bawa, ada 2 in 1 purpose (untuk anak tidur & tempat gantung barang shopping)
  • Oh yaa.. Paling penting! bawa beg luggage. Anda pasti belanja besar di sini. Alkisah, pada awalnya HH suruh bawa beg luggage kecil jer. Sebab mudah nak letak barang. So sampai di Chatuchak, kami gelak tengok orang lain bawa beg besar. Tup- tup kami sendiri pula yang beli beg besar sebab beg dah tak muat hihi.
  • Di sini juga ada banyak stall air jus dan buah- buahan. Stall makanan halal juga ada. Tetapi memikirkan taraf kebersihan, ya!  So, kami decide tak nak makan di sini.
  • Nasib baik kami ada bawa bekal roti dan beli fresh fruit for our kiddos. Alhamdulillah, tak lapar langsung. Actually kalau shopping, memang tak ingat nak makan pun kan? haha!
Datang bawak beg kecik, tu hah kaler pink.. Ambik kau!
  • HH ni bukan kaki shopping, tetapi di sini dia borong sakan! Shirt, Kemeja, Seluar, Kasut, semua dia tapau! Baju- baju budak memang murah.

Tips: Kalau pergi Bangkok, mesti pergi during weekend. Chatuchak Market hanya dibuka pada hujung minggu sahaja

  • Kasut hanya RM30 sepasang, kemeja sekitar RM25-RM30. T-shirt sekitar RM10. Rasanya pakaian paling mahal pun hanya RM30. So kami datang ke sini dengan satu beg kecik tapi keluar dari sini dengan beg baru yang besar.
  • Harga Beg luggage memang murah. Kalau di mall harga sekitar 3,000 baht, kat sini boleh dapat dalam 2,000 baht. Tetapi kami tawar lagi so atlast dapat 1,500baht.

Ingat! tawar menawar adalah kemestian. Biarlah gambar berbicara… Anda mesti pergi sini jika anda berpeluang ke Bangkok!!

Seperkara lagi, di sini kami sempat beli simcard Thailand. Jumpa stall kecik ni masa dah nak balik. Simcard hanya 49 baht and tambahan unlimited 7 days internet sekitar 220 baht. okey le tu.

Ketika kami melancong ke Cape Town, South Africa dulu, punyalah mahal simcard (sekitar RM120)! huhu.. Dah dapat simcard then both of us update to family masing- masing and mulalah upload kat fesbuk dan update krik krik..

  • Kami spend almost 5 jam di sini (actually plan asal hanya 4 jam, kemudian HH pulak tetiba pandai tawar menawar beli barang, so tambah 1 jam lagi). Balik hotel naik TukTuk! Armand & Altamis bukan main happy lagi sebab di tiup angin..
  • Ape class pergi Bangkok naik teksi kan? Try la naik TukTuk. Kos naik TukTuk adalah 150 baht. Also kena tawar menawar. Sampai di hotel, as usual nak mandi and ready for next destination.
Siam Paragon
  • Aktiviti seterusnya kami ke Siam Paragon- Siam Discovery juga dengan menaiki TukTuk kos 150baht. Nak jalan kaki rasanya ok jer. Tetapi untuk bawa kids, TukTuk is better. Siam Paragon ni memang tempat famous. Ala- ala KLCC gitew.
  • Actually di sini kami nak ke Madame Tussauds. Tiket beli siap- siap via online website. So that anda akan dapat best price. Kami beli pakej combo, include ke Madame Tussauds dan Sea Life Ocean Bangkok.
  • Kami agak teruja tengok patung lilin ni. Ada Tun Mahathir, Obama, Princess Diana and banyak lagi. Before tengok pameran, sempat buat wax tangan. Anda boleh google pasal Madame Tussauds Bangkok ya.
  • Di Siam Paragon kami ke aktiviti explore Sea Life Bangkok. Nak bagi Armand dan Harris tengok sealife. Mereka sangat teruja dan gembira! Kami berpeluang naik boat dan beri makan ikan. Semua ni sekali dengan pakej Combo 2.
  • Jarak Siam Discovery-Paragon ala- ala Bukit Bintang dan Sungei Wang Plaza di KL. Sambil jalan- jalan tu, sempat juga cuci mata. Tetapi tak sempat nak shopping.
paragorn
Jarak dari Baiyoke Sky Hotel ke Madame Tussauds

 

bersama pemandu bot, Abdul Manaf.
  • Kebetulan Staff yang memandu bot adalah orang Islam, namanya Abdul Manaf. Menurut beliau, hanya KFC yang serve halal food di Thailand (with halal certification dari local authority).
  • Dan di setiap mall memang mesti ada satu kedai makanan halal di food court. So kami pun having lunch di KFC dengan high confident.
  • Before nak order tu, kebetulan yang jaga kaunter adalah perempuan bertudung. So HH suruh saya kasi test try beri salam, pandai ke tak jawab. Dia jawab salam sambil tersenyim.. kikikiki..
  • Price lebih kurang dengan harga KFC Malaysia. Sos je la lain sikit.

Alhamdulillah. Happy semuanya. Balik hotel, tengok barang- barang dan tido. Belanja sekeping gambar kami sekeluarga bersama Obama haha! kenangan di Madame Tussauds. Free jer with pakej Combo 2.

Budget:

  1. Hotel- Catuchak: 150baht x 2
  2. Hotel- Siam Paragon: 150baht x 2
  3. Food: 400 baht
  4. Shopping: ***
  5. Simcard + Unlimited Internet = 269 baht x 2
  6. Combo Madame Tussauds + Sea Life Bangkok =  5,14o baht (2 Adult 1 kids, infant free)
  7. TOTAL: 6,678 baht + ***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!