Shahrul Bear, Jutawan Sempoi!

imageBeliau memulakan bisnes pada tahun 1996, dan setahun selepas itu adalah tahun ekonomi meleset 1997 yang melanda Malaysia dan negara-negara Asia.

Menariknya, ketika banyak syarikat di Malaysia ditutup dan bungkus, beliau berjaya mendapat bisnes dan RM 1 juta pertama berjaya diraih ketika zaman ekonomi meleset. Bisnes beliau adalah menjadi konsultan kpd syarikat-syarikat yang sedang “terdesak” mencari pembeli.

Dan, beliau berjaya mencari syarikat-syarikat pembeli dari Eropah untuk membeli produk-produk keluaran syarikat-syarikat Asia yang sedang “desprate” tadi.

Sehingga sekarang beliau memiliki 4 bisnes;

1# Bisnes konsultan (seperti yg dinyatakan di atas).

2# Bisnes import. Beliau memiliki 4 buah kilang produk-produk makanan halal dan diimport ke luar negara, terutama Dubai. Saya tanyakan, mengapa tidak masuk pasaran tempatan, katanya pasaran tempatan sudah terlalu tepu utk produk makanan halal.

3# Bisnes mengambil alih syarikat-syarikat dan membaik pulih syarikat, kemudian dijual kembali. Dalam bisnes ini, beliau mengambil pekerja-pekerja syarikat besar dengan peluang pekerjaan bersama beliau yang lebih fleksibel, yang penting mencapai KPI.

4# Bisnes menyewa domain. Syarikat beliau membeli domain, dan meletakkan kedudukan ranking yang tinggi di enjin pencari spt Google, kemudian menyewakannya. Pasarannya beliau adalah pasaran antarabangsa dengan kadar sewa sekitar USD250 dan sekarang mempunyai kira-kira 800 penyewa.
Tabik dengan personaliti beliau yang cukup sederhana, dalam masa sama beliau memiliki 4 bisnes konglomerat malah antarabangsa. Dimaklumkan oleh Puan Sifu Ainon di FB ABS, beliau hanya membawa motor Honda C70 sahaja!

I Respect You, Mr Humble!

Hafizul Hakim

Hafizul Hakim

Hafizul Hakim. Aktif berkongsi ilmu emas dengan anak muda di Facebook. Double Star Master Dealer Public Gold. Introducer Code PG000839. Whatsapp untuk belian emas di nombor 019-888 4452

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!