Semewah manakah diri kita?

Kepada anda yang sudah membaca buku Rich Woman tulisan Kim Kiyosaki (isteri kepada Robert Kiyosaki penulis Rich Dad Poor Dad) – tulisannya ini akan membuka mata kita sampai terbeliak. He he he..

Apabila membaca tentang Wealth Test yang ditulis oleh Kim, baru kita sedar di mana sebenarnya kondisi kewangan kita. Adakah ok, sihat, parah atau hidup segan mati tak mahu..

Cuba ujian ini ke atas diri anda dan juga pasangan.

Langkah Pertama:

Campurkan kesemua baki wang tunai, simpanan Tabung Haji, ASB, saving account bank (diharap semuanya Islamic patuh syariah) atau pelaburan yg anda miliki (yang berhutang tak dikira – ASBF) dan jumlah ini akan jadi ‘numerator‘ nisbah kita.

Contoh:
Baki di Bank Islam RM2,000
Tabung Haki RM3,000
ASB RM10,000
Jumlah A RM15,000

Langkah Kedua

Campurkan kesemua perbelanjaan bulanan anda baik utk bayar hutang ataupun belanja dapur.

Contoh:
Ansuran Rumah RM1,500
Ansuran Kereta RM500
Belanja Dapur RM400
Api, air & Telefon RM200
Caruman Takaful RM200
Minyak Kereta RM250
Pakaian & anak RM150
Ibu dan Ayah RM400
Jumlah A RM3,600

Untuk dapatkan nisbah kemewahan dlm contoh di atas, ambil jumlah A dibahagikan dgn jumlah B:

RM15,000  bahagi RM3,600 = 4.166

Huraian Nisbah

Contoh di atas menunjukkan yang individu ini ‘mewah’ cukup utk sara keperluan kehidupan selama 4.16 bulan saja.

Ini bermakna, tidak ramai yang mempunyai tabungan dlm bentuk mudah ditunaikan. Mungkin mereka mempunyai aset dlm bentuk rumah, kereta dan saham tetapi mereka juga mempunyai hutang bertempek dgn harta tersebut. Kita panggil dgn istilah “harga yang bercagar”. 

Berikut adalah rumusan terhadap nisbah-nisbah yang dihasilkan.

Julat Kategori Bilangan
<1 ICU
 1 – 5 HDU
 6 – 10 NORMAL
11 – 20 SIHAT
 21 – 50 SIHAT WALAFIAT
 51 – 96 BMW
96 KS (8 X NAFKAH 1 TAHUN, 2:240 & 4:12)
132 KT (11 TAHUN X PENDAPATAN TAHUNAN)
168 OKB (14 TAHUN (Surah Yusuf ayat 47-48)
  • Sebagai garis panduan, jika nisbah hasil kemewahan kita kurang daripada 1, ini bermakna tabungan kita tak mencukupi utk tampung kos sara hidup walaupun utk sebulan!
  • Bagi mereka yang dpt julat antara 1 hingga 5 bulan, bermakna tabungan anda cukup utk tampung selama 1 hingga 5 bulan.

Ramai di antara kita berada dlm dua julat di atas ini dan dari sudut medical term, kita berada dlm Intensive Care Unit atau High Dependancy Unit di dlm hospital. Ia agak tenat dan tidak digalakkan dari perspektif kewangan.

  • Bagi julat 21 hingga 50 adalah berada pada tahap sihat walafiat. Umpama sihat sehingga boleh buat kebaikan dan insya Allah dpt menyumbang kepada mereka yang memerlukan.
  • BMW pula singkatan utk Bijak Mengurus Wang dan anda memang berada dlm golongan ini seandainya tabungan sudah cukup hingga 51 hingga 96 bulan atau empat ke lapan tahun tanpa sebarang pendapatan atau kemasukan wang.
  • KT dan KS adalah posisit Kehidupan Tenang dan Kehidupan Sejahtera.
  • Akhir sekali adalah OKB atau Orang Kaya Beriman/Bertakwa. Ia berlandaskan daripada firman Allah SWT

“Yusuf menjawab,’Hendaklah kamu berucuk tanam selama dlm tempoh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya, kecuali sedikit utk kamu makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yg akan menghabiskan bekalan makanan kamu kecuali sedikit daripada apa yang kamu simpan.” (Surah Yusuf ayat 47 hingga 48).

Ini adalah susulan daripada huraian mimpi raja Mesir ketika itu tentang tujuh ekor sapi betina yang kurus. Justeru formula ini iaitu. (7+7) x 12 utk dapat hasil 168 bulan tabungan.

Perkiraan ‘tahap kemewahan’ ini dpt bantu membuka minda kita utk berubah jika benar-benar mahu sesuatu keadaan kewangan yg lebih baik. Perkiraan ini dpt beri gambaran jelas tentang indeks kesihatan kewangan kita.

Pokok pangkalnya adalah diri sendiri, mahu atau tidak berubah? Kesilapan dlm pengurusan kewangan tidak kira status sosial ataupun tahap pendidikan seseorang tetapi lebih kepada sikap!

Jom menabung dengan penuh displin melalui akaun GAP Public Gold!~

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *