Saya ni kategori penyimpan emas ke pelabur emas?

Hafizul, saya ni kategori penyimpan emas ke pelabur emas? Boleh terangkan perbezaan ni tak.. Thank u!

==================

Sebenarnya pembeli emas kita boleh kategorikan kepada 2 kelompok iaitu penyimpan emas dan pelabur emas. Berdasarkan pengalaman 8 tahun saya dengan emas serta pembacaan dari buku-buku pelaburan emas saya summarize untuk anda:

i) Penyimpan Emas

Matlamat penyimpan  membeli emas adalah untuk jangka masa panjang, lebih dari 5 tahun (malah lebih dari itu). Saya sendiri dah simpan emas sejak tahun 2009. Mindset penyimpan emas, selagi mana tak capai sasaran ditetapkan – mereka tak akan usik emas tu. Antara ciri-ciri orang yang menjadikan emas sebagai simpanan jangka masa panjang ialah :

Mindset Seorang Penyimpan Emas

  1. Elak kebocoran wang. Bila simpan wang kertas, hati akan sentiasa cenderung untuk berbelanja sahaja. Tak boleh pegang duit, mesti nak habiskan je. Nak elak benda ni terjadi, tukar wang kertas kedalam bentuk emas boleh bendung nafsu untuk berbelanja.
  2. Simpan emas sebagai pelindung kekayaan akibat ketidakstabilan ekonomi. Bagi penyimpan emas, mereka tak fikir sangat harga emas tinggi atau rendah. Mereka tidak takut dengan kejatuhan harga emas, sebab mereka tahu, kejatuhan ringgit lebih menakutkan.
  3. Mencairkan emas kepada tunai selepas mencapai target simpanan. Misalnya untuk tabungan ke Mekah, tabung universiti anak-anak atau untuk menukar aset yang lebih besar seperti rumah. Mereka tidak akan menjual emas semata-mata untuk berbelanja bulanan atau wang kecemasan.
Nota: Dengan adanya gadaian Ar-Rahnu, penyimpan emas mempunyai dua pilihan sama ada menjual semula emas tu ke Public Gold atau gadai emas ke Ar-Rahnu (lepas tu, tebus semula).

Kenapa emas boleh mengelakkan kebocoran wang? Ini pengalaman saya sendiri, simpan 5 gram (bersamaan RM1,100) jongkong emas dalam dompet, ia mampu bertahan dengan lama. Kalau saya simpan RM1,000 dalam dompet, agak-agak berapa lama bertahan. Saya rasa tidak sampai sebulan sudah habis.

Psikologi normal manusia, nampak duit je rasa nak berbelanja. Sebaliknya dengan emas, kita lebih cenderung untuk simpan dan tambah lagi.

Ciri-ciri emas pilihan penyimpan emas: 1 gram GAP setiap bulan, 1 dinar setiap bulan.

ii) Pelabur Emas

  • Ciri-ciri seorang pelabur adalah mereka membeli emas pada amaun yang besar eg 250 gram ke 1,000 gram (spread margin item ini kecil, 6% sahaja).
  • Mindset mereka very straight forward: “Buy low, sell high”
  • Tapi perlu di ingat, dalam setahun buy low sell high ni mungkin hanya berlaku 1-2 kali sahaja.

Ciri-ciri emas pilihan seorang pelabur emas Public Gold:

  • 100 gram
  • 250 gram
  • 1,000 gram
Goldbar 250 gram keluaran Public Gold. Susut nilai hanya 6% sahaja.

Diharapkan agar artikel ini membuka minda anda di mana posisi anda sebagai pembeli emas. Untuk bimbingan seterusnya anda boleh direct whatsapp saya di +6019-8884452 (Whatsapp/SMS/Call)

  • Hafizul Hakim | Penyimpan, Pelabur & Pendidik Emas
  • FB: Hafizul Hakim
  • HP: 019-888 4452

Leave a Reply