“Saya nak tapau KFC untuk adik-adik saya Cikgu.. Biar mereka merasa..”

Pasukan kami adalah gabungan pemain-pemain terbaik sekolah-sekolah di Pulau Banggi dan semuanya 15 orang murid.

Kami barisan guru pengiring membawa 15 orang murid asal pulau ini keluar ke tanah besar Kudat untuk menyertai Bola Sepak Peringkat Daerah. Kami menginap di Rumah Rehat Kudat sepanjang kejohanan tu berlangsung selama 3 hari. Tambang feri, penginapan, kos pengakutan ke venue kejohanan dan makan minum murid semua ditanggung sendiri oleh guru. Perkara biasa. Kami tebalkan muka mintak sumbangan. Yang penting anak pulau ini diberi peluang untuk tonjolkan bakat mereka.

Semua pemain di kumpulkan sesama mereka. Berbeza sekolah, berbeza latar belakang. Semua di satukan. Dipendekkam cerita, kami Zon Banggi muncul juara. Jadi kami barisan guru pengiring berpakat untuk kumpul duit dan belanja mereka semua makan KFC dan bermain di ‘playground’ d Esplaned Kudat untuk meraikan kejayaan mereka.

Untuk pengetahuan semua, Zon Banggi adalah pendalaman Sabah. Tak semua pemain kami tu pernah naik feri taw. Apatah lagi jejak kaki d tanah besar Kudat. Jadi boleh kamu bayangkan keterujaan kanak-kanak ini mencipta pengalaman baru bagi mereka. Ini adalah satu faktor saya masih bertahan di sini. Everything new for them.

Berbalik cerita di KFC tu kan, semua pemain kami makan dengan penuh kenikmatan. Kami hanya memerhati gelagat mereka. Tengok kepuasan mereka sudah cukup bagi kami. Snack plate bhgian kami hulurkan kepada mereka. Tambah. Sedap dyeorg cakap. Makanlah nak.

Bila semua orang siap makan, saya trpandang 2 orang pemain kami tengah ‘tapaukan’ ayam goreng yang dia tak habis makan. Saya tanya kenapa kamu tak habiskan jer makanan tu? ‘Kanyang suda saya sigu’ jwb dia smbil masukkan lebihan ayam goreng dlm kotak KFC tu. Dalam hati saya ‘yelah dia tu bersaiz kecik mmg tak makan banyak pon’.

Pagi esok kami perlu checkout tempat menginap kami kerana feri ke pulau banggi pukul 9 pagi. Sesudah subuh saya arahkan semua murid bersiap dan kemas bilik dan barang-barang mereka. Saya trpandang dkt 2 org pemain saya yang mengikat plastik KFC di beg sekolah(beg pakaian) mereka. ‘Laaa kenapa kamu tak makan lagi KFC tu? Nanti basi laa. Dari semalam lagi KFC tu kan? Mereka diam jer. Bajuku ditarik oleh kapten pasukan. ‘Coach, dia nak bawak balik KFC untuk adik dia sbb tu semalam dia tak kasi habiskan KFC dia. Dia simpan separuh untuk adiknya’

Erk?!

Sesudah kemas brg segalanya saya cuba slowtalk dgn murid itu td. ‘Betol ke KFC yg kamu tapau tu untuk adik kamu?’Kedua mereka diam. ‘Cikgu tak marah la, cikgu cuma tanya jak’ Mereka angguk. ‘

‘Adik-adik saya tak pernah makan KFC nie cikgu. Jadi saya bawak balik la sikit’

Bergelora sudah hati. Sebak. Tahan. Control Macho.

‘Sikitnya tu. Kenapa kamu tak beritahu awal-awal? Sudahlah perjalanan kamu smpai rumah jauh lagi. Naik feri 1jam 15minit. Lepas tu sambung naik hilux 40 minit. Lepas tu berjalan kaki lagi barulah sampai rumah. Sejuk sudah tu. Nnti basi cmna?’ ‘Takpelah cikgu okay jgk nie,yang penting adik-adik saya dapat merasa’ Jawab mereka sambil berlari ke arah kawan-kawan mereka yang lain.

Kami barisan guru pengiring terdiam. Merenung sesama sendiri. Speechless.

Peristiwa begini betol-betol menyentapkan kami. Kadang-kadang kita tak pernah cukup dengan apa yang kita ada. Sampai lupa untuk bersyukur disebabkan kita merasa itu hanya remeh dan kecil. Setakat KFC jep kot. Mane ada orang pandang dah KFC kalo d bandar besar. Alhamdulilah kerjayaku sebagai seorang pendidik di pendalaman banyak menyedarkan aku kadangkala yang sering lupa untuk bersyukur terhadap rezekiMU.

Kisah benar yang dikongsikan oleh Cikgu Abdul Hafiz yang mengajar di Pulau Banggi, Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!