Salleh Shell Out: Rasa 5 Bintang, Harga kaki 5 ..

Assalamualaikum pembaca semua,

Lama dah tak buat review tentang makanan sedap terutamanya kepada FOODHUNTER! Ok, saya nak share tentang tempat makan berkonsepkan shell out yang mana harganya SANGAT SANGAT berbaloi dengan makanan yang disajikan. Ok saya bagi teaser gambar dulu kat bawah..

Penuh dengan ketam, kerang, udang, jagung, tekoyong, kepah, sotong dan sebagainya. Amacam ada ok?

Mesti anda dah terliur sekarang dan bermain di kepala sekarang.. Berapa harga set ini?

  • Cuma RM50.00 sahaja. Iyaaa RM50! Salah tak taip salah.. LIMA PULUH RINGGIT SAHAJA.
  • Harga tak termasuk nasi putih.
Saya bersama owner kedai iaitu Salleh Haji Rambli. Tiada kaitan dengan pakar lontaran jauh Sarawak – Jalil Ramli.

Di Kuching ada beberapa tempat yang turut menawarkan konsep makanan shell out – saya dah pergi kesemuanya tapi yang ini value for money. Set ini boleh dikongsikan oleh 4 orang.

Masakannya standardize masak merah, anda boleh request sama ada pedas, mild atau kurang pedas.. Bunyi macam Nando’s plak
Gambar ini masa kali pertama kami mencuba makan di sini. The moment waitress bawak pinggan ini my jaw drop! Hahah.. Portion banyak..

So bagi mereka yang datang ke Kuching, jangan lupa singgah ke kedai Salleh Corner, RPR II (belakang Padang bolasepak Perumahan).

Informasi tambahan:

  • Saya juga recommend anda order minuman Soda Herb, Soft Shell Crab Buttered with salted egg
  • Tempahan awal 012-8078733 dan 012-8573044
  • Operation Hour: 5:00 petang hingga 1:00 pagi
  • Owner Facebook: Salleh Haji Rambli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *