Penjual Tudung Bokitta ini mampu menyimpan 5 ke 10 gram emas setiap bulan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Malam ini saya nak kongsikan dengan anda cara untuk mengembangkan simpanan emas melalui kombinasi perniagaan jual beli online. Yang famous sekarang ni adalah tudung, ada pelbagai jenis tudung tapi HH pilih Bokitta sebab jenama tudung ini sering disebut oleh rakan-rakan saya.

Banyak kali saya ditanya oleh penyimpan emas, bagaimana cara untuk mendapatkan duit lebihan untuk menambah simpanan emas mereka. Jawapan saya ringkas, kena berniaga. Sebab berniaga ni, jika strategi marketing betul sudah pasti akan memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda!~

Ada Bokitta Original dan ada Bokitta Vietnam. Saya pilih yang lebih murah sebab nak mudahkan pengiraan serta logik kiraan untuk memulakan bisnes.

=============================

Kisah 1 Dinar milik Cik Raftica & Tudung Bokitta

===========================

Cik Raftica memiliki 1 keping Dinar emas keluaran Public Gold. Selama ini beliau telah menyimpan emas tersebut agak lama dan buntu untuk menambah simpanan disebabkan kekangan kewangan. Beliau pun terfikir untuk menjadi pengedar tudung Bokitta.

Apa yang Tika lakukan adalah membawa 1 Dinar Emas keluaran Public Gold ini ke Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Bank Rakyat memberikan pinjaman sebanyak 65% (bagi mereka yang tidak pernah / tidak mempunyai akaun dengan ArRahnu Bank Rakyat).

download-2
Sumber: http://www.bankrakyat.com.my/ar-rahnu-

Kadar Nilaian Emas:

  • 1 Dinar bersamaan dengan 4.25 gram berketulenan 24 karat.
  • Nilai marhun 1 dinar emas bersamaan = 4.25 gram x RM198.22 iaitu RM842.40
  • Maka, 65% dari RM842.50 adalah RM548.00
  • Dengan jumlah RM548, Tika dapat membeli sekitar 15 helai tudung Bokitta (including postage)
download-1
Sumber:http://www.arrahnuxchange.com.my/v3/index.php/my/

Keuntungan sehelai tudung Bokitta (Vietnam) adalah sekitar 30 ke 40% dari modal. Saya mendapat maklum balas dari Bokitta Vietnam TomTom, bagi 15 helai tudung dapat dijual sekitar 3-4 hari. (bergantung dengan model yang mengenakan tudung itu, kalau cantik memang tersangatlah laris).

Baik, assume semua 15 helai sold out, anggaran cash in hand berdasarkan keuntungan 30% adalah RM715. Dengan jumlah ini Tika dapat:

  • Menambah lagi bilangan tudung kepada 20 helai (berserta dengan postage). Keuntungan anggaran sebanyak 30%, cash in hand pada waktu ini adalah RM930.
  • Kali ini, jumlah wang yang diperoleh akan digunakan untuk menebus 1 Dinar dari Ar Rahnu. Baki di tangan sekitar RM400.
  • Cycle ketiga modal tudung kini adalah 100% profit. Bermula dengan 10 helai tudung, maka setiap keuntungan cycle stock ini akan memberikan Raftica keuntungan sebanyak 1 gram emas pada setiap cycle tudung habis dijual.

So disini, dapat saya rumuskan bahawa dengan strategi marketing berkesan, penjual tudung Bokitta mampu menyimpan sekurang-kurangnya 5 ke 10 gram emas setiap bulan ke dalam akaun GAP hasil dari keuntungan jualan tudung mereka.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila whatsapp saya di 019 888 4452 (Hafizul Hakim)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!