Pengalaman bercuti di Negara Turki – Part 1

Assalamualaikum semua, setelah lama sangat tak tulis blog, kali ni kena gigihkan jugak untuk berkongsi tips dan cerita masa bercuti di Istanbul, Turki. Bukannya apa, next time kalau dapat pergi lagi, boleh lah rujuk blog sendiri. Betul kan.. Lagipun, saya dah janji dengan wife nak bawak dia ke sini satu hari nanti. Insya Allah.

Trip kami ke sini ke banyak tempat, mungkin post nidapat bantu orang lain yang ada plan nak bercuti ke Turkey jugak 🙂 Sebenarnya saya mula jatuh hati dengan Turkey disebabkan satu benda – cerita Manisnya Cinta di Cappadocia.. Masa tu tengok wayang dengan wife. So pasang impian ke sini sebab nak naik hot air balloon.

Tak sangka rupa-rupanya Public Gold telah menawarkan Sales Incentive Trip 2015/2016 ke Turkey. Dan syukur Alhamdulillah, hasil dari fokus dan usaha saya akhirnya layak jugak ke sini. Semua kos ditanggung sepenuhnya oleh Public Gold. Best tak? Jom buat sales RM3 juta setahun – next year kita pergi Spain, tengok Cristiano Ronaldo main bola kat Stadium Bernebeu.

1

Perjalanan ke Istanbul mengambil masa kira-kira 11 jam dari Singapore, sebab pakej Public Gold memang selalu pakai Singapore Airlines. Dalam flight memang tido je lah sebab berlepas sekitar jam 1 pagi dari Changi Airport. Saya amat teringin melawat negara ini kerana budayanya, bentuk muka buminya juga sejarahnya yang sarat dengan kejayaan sebuah empayar Islam satu ketika dahulu.

Tidak saya sangka, Dato’ Louis Ng bersetuju untuk memberikan hadiah trip keTurki dan berkali-kali saya berterima kasih kepada beliau kerana hadiahkan kami melawat negara Turki, hehe.

Dipendekkan cerita dah sampai di Airport Attaturk, Istanbul.
Dipendekkan cerita dah sampai di Airport Attaturk, Istanbul. Mendarat jam 8:30 pagi waktu Turki (sini lambat 5 jam dari Malaysia).

Tukaran wang

Mata wang Turki ialah Lira. Selain Lira, boleh juga bayar pakai matawang Euro. So nak tukar mana satu matawang? Dua2 pun bolehhh.. Masa saya datang saya bawak cash US Dollar. Takde masalah. Bayar pakai USD pun boleh masa beli barang. Yang penting, ada kalkulator.

Day 2

Kami disambut oleh wakil agent di sini, Mr Burak dari Dorak Tours. Selepas berkenalan, kami terus dibawa menaiki bas untuk ke bandar Istanbul. Menariknya bas di Turki ini dilengkapi kemudahan wifi percuma, amat memudahkan kami untuk berhubung dengan ahli keluarga di Malaysia menerusi aplikasi whatapps dan facebook.

Di sebelah kanan saya adalah tour guide kami namanya Buráq peminat setia pasukan Fenerbache.. Yang sebelah kiri saya, Driver bas kami namanya Müstafa peminat pasukan Besiktas... Sudah 25 tahun berpengalaman menjadi driver bas. Kebanyakan penduduk Turki adalah peminat bolasepak sebab pasukan dan pemain kelab mereka consider terkenal kat dunia seperti Luis Nani, Robin van Persie dan Wesley Sneijder. Pasukan negara mereka juga layak ke Piala Dunia sebelum ini. Ikon bolasepak paling famous kat Turki adalah Hakan Sùkur.
Di sebelah kanan saya adalah tour guide kami namanya Buráq peminat setia pasukan Fenerbache.. Driver bas kami namanya Müstafa peminat pasukan Besiktas… Sudah 25 tahun berpengalaman menjadi driver bas.

Kebanyakan penduduk Turki adalah peminat bolasepak sebab pasukan dan pemain kelab mereka consider terkenal kat dunia seperti Luis Nani, Robin van Persie dan Wesley Sneijder. Pasukan negara mereka juga layak ke Piala Dunia sebelum ini.
Ikon bolasepak paling famous kat Turki adalah Hakan Sùkur.

Masya Allah.. Cantiknya!
Masjid SultanAhmet atau lebih dikenali dengan Blue Mosque
Masjid SultanAhmet atau lebih dikenali dengan Blue Mosque. Jom masuk ke dalam

 

Subhanallah! Ternyata rekabentuk corak, serta keindahan dalam masjid ini menunjukkan betapa tinggi ilmu engineering dan construction mereka pada ketika itu.
Subhanallah! Ternyata rekabentuk corak, serta keindahan dalam masjid ini menunjukkan betapa tinggi ilmu engineering dan construction mereka pada ketika itu.

Destinasi pertama yang kami tuju sudah tentu tarikan utama bumi turki ini iaitu Masjid Sultanahmet atau dikenali sebagai Blue mosque oleh pelancong eropah. Masjid Sultanahmet ini bertentangan dengan Hagea Sofea dan keindahan architecture kedua-dua bangunan ibadat ini sangat-sangat mengkagumkan!

Aerial view Masjid SultanAhmet di sebelah kanan dan Hagia Sophia

Seterusnya kami berjalan kaki menuju Aya Sofia atau Hagia Sofea yang terletak berhadapan Masjid Sultanahmet tapi kami tak masuk ke dalam berikutan barisannya yang cukup panjang. Menurut Buraq, pelancong yang ingin masuk ke Hagia Sofea adalah kebanyakannya penganut agama kristian kerana ingin melihat sejarah gerejanya yang ditukar menjadi masjid selepas Kerajaan Uthmaniah berjaya menawan Istanbul yang dulunya dikenali sebagai Constantinople.

Gambar di dalam Hagia Sophia
Topkapi Palace
Topkapi Palace

Di dalam kawasan ini tersimpannya khazanah hebat seperti janggut dan pedang Rasulullah saw, tongkat Nabi Musa as, pedang Saidina Ali, Khalid al-Walid dan sahabat yang lain. Amat terkesan dihati apabila melihat jubah puteri kesayangan Rasulullah saw iaitu Saidatina Fatimah r.a banyak tampung di baju beliau.

Sementara menanti Master Dealer yang lain berjalan-jalan kami selfie dengan pengasas Public Gold iaitu Dato’ Louis Ng (berkemeja biru).
Pada zaman Uthmaniyyah, inilah dapur (kubah tu adalah chimney) di mana ada lebih kurang seratus tukang masak yang menyediakan makanan untuk disedekahkan kepada penduduk Turkey pada waktu tersebut.
Pada zaman Uthmaniyyah, inilah dapur (kubah tu adalah chimney) di mana ada lebih kurang seratus tukang masak yang menyediakan makanan untuk disedekahkan kepada penduduk Turkey pada waktu tersebut.

Maaf tiada gambar dapat dikongsikan di dalam sebab kawasan larangan taking photo. Memang amat menakjubkan koleksinya. Walaupun amat kepenatan kerana jetlag dan ketidakselesaan kerana belum mandi hampir seharian tetapi melihatkan koleksi tersebut memang amat-amat berbaloi. Kepenatan berjalan kaki didalam istana yang sangat luas tersebut akhirnya berbayar.

Tulip yang cantik di taman dalam Topkapi Palace
Tulip yang cantik di taman dalam Topkapi Palace

Seterusnya kami pergi ke tempat makan tengah hari iaitu Sultan Konsesi. First try makan makanan Turki.

6.1
Makan jangan tak makan..

6

Kemudian kami teruskan perjalanan ke Bursa, mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit ke kawasan feri, dan lagi 45 minit di dalam feri dan seterusnya 1 jam 30 minit lagi untuk sampai ke hotel. Sempat juga Buraq mengajar 4 perkataan bahasa turki kepada kami iaitu “2sugar a dream” yang bermaksud terima kasih, “higher” yang bermaksud no, “avet” bermaksud yes, “indream” bermaksud diskaun.

Inilah bas yang kami gunakan sepanjang 9 hari di Turki
Inilah bas yang kami gunakan sepanjang 9 hari di Turki

To be continued…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *