Pengalaman bercuti di Lexis Hibiscus, Port Dickson

Ketika mula-mula Lexis Hibiscus, Port Dickson di buka dulu, memang teringin sangat nak stay di Lexis Hibiscus. Apabila tengok harga bilik satu malam wow.. 5 gram emas jugak lah..

Tapi impian tu kan percuma. Tiap kali flight nak landing ke KLiA aku akan cakap, satu hari nanti aku nak stay sini. Semalam pun jadi laaa.. (Lexis ni laluan kapal terbang Airasia landing)

Dan alhamdulillah last 2 week, ada rezeki lebih dapatlah menetap di Lexis Hibiscus 2 hari 1 malam. Walaupun harga bilik Panorama Pool Villa (Seaview) around RM1,*** satu malam (peak time) tapi pejam mata je lah sebab teringin kan. (Tak mampu gi Maldives, sini pun ok lah)..

Jenis Bilik di Lexis Hibiscus, Port Dickson

Why ambik sea view?

  • kesian kat wife. Dia mesti nak swimming secara private jugak kan, tak nak orang nampak. So dia dapt swimming pepuas sampai malam. Kalah anak-anak!
  • Nak dapat ilham dan rehatkan minda. Jadi motivasi kerja lebih bagus dengan Public Gold. Dengan bercuti, dapat banyak idea untuk memajukan bisnes.
  • 11 bulan buat talk sama sini, nak reward untuk diri sendiri and family. Diorang deserve dapat reward jugak kan.

Breakfast, Lunch & Dinner

  • Kitorang cuma breakfast je kat Lexis Hibiscus
  • Lunch makan kat kedai luar, lebih banyak pilihan misalnya King’s Char Kuey Tiaw, Ikan Bakar Tempoyak Cili Padi dan sebagainya.

Ni antara komen yang dpt aku bagi sepanjang 2 hari kami kat sana:

– Staff yg friendly
– Check in senang tak perlu tunggu lama
– Premium Pool Villa dan Panorama Pool Villa sangat cantik view dia
– Buggy service pun steady
– Private Swimming pool best
– Bilik luas
– Decoration bilik smart dan up to date
– Flat screen tv panel & channel movie baru
– Ada sauna dalam bilik
– Katil selesa
– Buffet dinner kitorang tak ambik. Makan kat luar. King Char Kuey Tiaw!
– Boleh sewa basikal utk pusing2 sekitar resort waktu petang. RM10 untuk 30 minit. (Wife main 20 minit, aku kayuh 10 minit pusing resort. Pecut weyy.. haha)

Overall Review dari aku:

– Sleep Quality 5/5
– Location 4.5/5
– Rooms 4.5/5
– Service 4.5/5
– Value 4.5/5
– Cleanliness 4/5
– Wifi 4/5

Kalau uoll nak rate discount 10%, pakai link ni: Discount Link

Ok tu je!

Me and the kids

 

Smart TV

 

Buggy Service available 24 hours

 

#HafizulHakim
#WonderfulLife

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!