Menabung dengan Dinar Emas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ-

Tentu anda semua masih ingat lagi bagaimana ibubapa kita mendidik kita untuk menabung. Ketika masih kecil, saya menabung duit syilling dalam tabung gelas. Mungkin ada yang menggunakan tabung yang diperbuat dari buluh dan sebagainya pokok pangkalnya adalah MENYIMPAN. Sekarang ini cara menabung seperti itu sudah kurang digunakan, mungkin sudah tidak digunakan lagi. Walau apa cara digunakan, amalan menabung adalah satu amalan yang baik.

Sehingga sekarang pada usia 31 tahun saya masih mengamalkan konsep menabung duit syilling

Konsep menabung itu adalah sama dengan konsep menyimpan. Bak kata pepatah melalu “sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”.

Kata Haji Bakhil pula, “satu sen pun kalau dikumpul, boleh beli rumah batu”.

Menabung atau menyimpan sebahagian dari pendapatan adalah satu amalan yang sepatutnya diteruskan tanpa henti. Ini adalah kerana jika ada apa-apa keperluan atau musibah yang bakal berlaku dimasa mendatang, sekurang-kurangnya wang simpanan itu dapat meringankan bebanan.

Tentu sekali anda bercita-cita untuk memiliki rumah sendiri. Pendahuluan sebanyak 10% dari harga rumah yang hendak dibeli hendaklah disediakan disamping cost peguam (laweyer fee) sebelum anda dapat meminjam dari mana-mana institusi kewangan bagi membiayai pembelian rumah tersebut. Setelah rumah sudah siap dan boleh diduduki, mungkin sedikit ubahsuai seperti memasang grill dan sebagainya disamping perabut dan peralatan lain diperlukan. Ini semua memerlukan wang. Jika tidak ada simpanan, bagaimana mungkin boleh terlaksana.

Berbalik kepada tabungan dan simpanan. Kali ini saya ingin menunjukkan pengalaman sendiri menyimpan dalam bentuk emas fizikal.

Bersandarkan konsep “membayar diri sendiri dahulu” insya-allah anda akan konsisten menyimpan wang simpanan. Bermula dengan 10% dari gaji bulanan khas untuk simpanan emas fizikal. Berapa banyak simpanan ada setiap bulan, bergantung kepada kemampuan anda sendiri, lagi banyak lebih baik.

Dengan menggabungkan konsep menabung dan menukarkan wang dalam bentuk emas fizikal sangat menguntungkan. Emas adalah kalis inflasi dan nilainya sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Saya tunjukkan di bawah:

Contoh: Gaji bulanan Encik Chicarito adalah sebanyak RM5,000. Maka dengan konsep 10% dari gaji beliau menyimpan RM500 setiap bulan untuk membeli emas secara easy payment.

Contoh:

Berdasarkan prestasi harga emas ketika ini, 1 Dinar berharga RM550-RM600

Dengan kaedah ini, Encik Chicarito dapat menyimpan 9 keping dinar emas setiap setahun

Dalam tempoh 8 tahun akan datang iaitu Tahun 2020 = 9 keping dinar emas x 8 = 72 keping dinar

Jadi, terpulanglah kepada anda untuk membuat keputusan samada hendak menyimpan dengan 1 dinar setiap bulan, 2 bulan atau setiap bulan 20 gram 999.9.

Public gold memberi pilihan anda untuk mendapatkan dinar:

    1. 1 Dinar
    2. 2 Dinar
    3. 5 Dinar
    4. 10 Dinar

Saya percaya, anda tentu bijak membuat pilihan. Jika anda ingin tahu kaedah easy payment boleh refer artikel berkaitan dengan Easy Payment Purchase (EPP).

Saya membeli 5 Dinar pada 3 tahun lepas pada harga RM2,200

Original Article by;

Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta

Master Dealer (A350)

H/P: 019-8884452

Admin www.publicgoldsarawak.com

Leave a Reply