Mee Udang Galah XXL: Terbesar & Termurah di Bintulu, Sarawak

Selesai menyampaikan Seminar Emas Public Gold di Parkcity Everly Hotel, Bintulu kami bergegas ke Kuala Segan sebab saya dah bagitau awal mengidam nak makan Mee Udang Galah. Kata dealer saya, Pn Irmalina Busman situ sedap dan berbaloi.. Saya pun ok je follow orang tempatan.. Mesti diorang lagi arif tempat special ni kan.

15027513_1174145792678026_7001128429395700507_n

Kebiasaannya kedai ni bukak jam 4:00 petang tapi atas special request, En Izran (owner) bersetuju bukak khas jam 2 petang untuk group kami. Semua order Mee Udang Galah XXL. Apabila chef bawak keluar dari dapur, saya tercengang dan terkejut..

“Mak datuk! Besar dan banyak portion Udang Galah! 3 ketul dalam satu pinggan!”

Seriously saya rasa mcm kena prank lah pulak sebab ade 3 ekor udang besar dalam pinggan. Entah-entah RM100 sepinggan? Hahah

15027705_10155923436219572_1011801834029996710_n

1st time saya makan Mee Udang Landing Burger Kuala Segan! Udang Galah nya besar-besar you! Bukan seekor, tiga ekor dalam satu pinggan!

15036302_10155923434824572_783312464183557994_n

Harga memang murah, cuma RM30 satu pinggan. Kannn? Awk tak salah baca.. Memang RM30 je sepinggan! Owner best, peramah.

15032117_1312448138819359_7292396957013458268_n
Team Dealer Public Gold Bintulu dengan Owner En Izran (dibelakang saya)

So bagi sesiapa yang nak try Mee Udang Galah XXL ni boleh hubungi:

  • Owner: Abg Izran (019 875 0791)
  • Lokasi: Mee Udang XXL Kuala Segan, Bintulu (pakai Waze senang carik)
  • Masa Operasi: 4:00 petang hingga 10:00 malam (kecuali Isnin)
  • Selain Mee Udang, ada handmade Burger – portion besar giler!

Rating saya bagi: 5 Star

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *