Matlamat Kewangan Bagi Golongan berumur 20-an

Amaran! Baca dengan hati dan minda yang terbuka dan pasang niat untuk membuat tindakan. ok?

Baik, jom teruskan pembacaan..

1. Jangan follow trend #hipster

  • Di sini maksudnya lebih kepada gaya kehidupan. Kawan beli hp baru, kita ikut beli baru. Kawan beli handbag baru, kita pun tak nak mengalah. Kawan beli selipar baru pun, kita jugak nak follow..
  • Paling bahaya, kawan merokok kita pun jugak nak merokok…
  • Kawan kita mungkin mampu dan dah ada simpanan cukup, tapi kita tak lagi. So, kawal nafsu..
  • Nota HH: Jangan segan kalau kita nampak macam tak mampu. Sekali-sekala ok la follow kawan. Jangan jadikan kawan sebagai matlamat hidup, nanti kita susah diorang nak ke bagi pinjam duit.

2. Bina pendapatan #sampingan kecil-kecilan

  • Sementara masih mudah, carilah sebanyak mungkin pengalaman terutamanya dalam bisnes. Kecil-kecilan pun tak apa. Kalau tengok kat luar rumah orang jual burger laku, kita jangan bukak gerai burger jugak.. Kita jual air yang sedap misalnya coconut shake.
  • Di sini kita akan belajar beberapa perkara antaranya, strategi marketing, cara kawal emosi menyimpan, belajar bergantung harap dengan Allah SWT.

3. Belajar menabung 10-20% dari pendapatan. (Hadiahkan #AuroraItalia kepada isteri anda)

  • Kalau gaji kita RM2,000 kita belajar simpan konsisten RM200 dalam akaun yang dilupakan (forgoten saving). Kalau rasa RM200 berat sangat, simpan RM50 konsisten.
  • Kalau tak mampu jugak, mintak tolong mak dan ayah bagi ceramah free. Ambek kaw!

4. Cari ilmu kewangan dan belajar

  • Part ni paling pantang kalau bersembang ngan member. Sebab biasanya akan bagi respon negatif. Cadangan saya mudah, pergi kedai buku cari segmen kewangan.
  • Situ banyak tips-tips berguna antaranya dari Azizi Ali, Irfan Khairi, Robert Kiyosaki, Harith Faisal dan sebagainya.

5. Baca buku, hadiri seminar & cari mentor.

  • Setiap orang ada pakar dalam bidang masing-masing. Misalnya dalam ilmu hartanah kita boleh rujuk Abang Ensem, Azizul Azli Ahmad dan Faizul Ridzuan.
  • Dalam bidang emas insya Allah saya bantu.. Hihihi.. Next..

6. Mulakan tabung persaraan awal

  • Dana persaraan seringkali orang harapkan dengan KWSP dan EPF. Tahukah anda, jumlah yang kita peroleh untuk teruskan kehidupan selepas pencen adalah panjang. Tau tak sebab apa?
  • Sebab kita tak tahu panjang mana umur kita. Kalau harapkan duit tu je memang tak cukup. Last-last terpaksa cari kerja lain untuk tampung kos kehidupan. Lebih parah kalau lepas pencen masih ada banyak hutang.

7. Wujudkan simpanan #kecemasan (3 bulan gaji).

  • Kalau gaji RM2,000 pastikan ada tabung simpanan kecemasan at least 3 kali ganda gaji iaitu RM6,000.
  • Nanti gaji dah naik, kita up kan jadi tabung kecemasan 6 bulan gaji.
  • Keadaan ekonomi tak menentu, kalau seandainya kita diberhentikan kerja. Kita masih boleh hidup secara normal selama tempoh 3 ke 6 bulan sebelum dapat pekerjaan baru.
  • Nota: Saya dapat lihat ramai rakan-rakan sektor oil & gas mengalami masalah selepas mereka diberhentikan tanpa notis. Ramai terpaksa menjual kereta dan rumah sebab tiada back-up simpanan.

8. Elak hutang personal loan atau credit card.

  • Kredit kad ni umpama pedang. Silap pakai, kita tertusuk perut sendiri dek kerana maintain gaya kehidupan yang macho dan tak nak kalah ngan member.
  • Kalau perlu swipe, tak perlu jangan swipe.

9. Bagitau pasangan matlamat kewangan. (Ada partner yg sama matlamat, mudah nak capai).

  • Kongsi dan share idea dan matlamat kita dengan pasangan supaya mereka faham.
  • Tak pandai masak jadi pandai masak di rumah. Kos jimat, matlamat mudah capai.
  • Kalau tiada komunikasi, dek kerana jaga hati isteri – matlamat kewangan kita gagal di capai.
  • Slow talk, bagi sebab kenapa perlu menyimpan, Insya Allah mereka faham.
  • Tips: Umpan dengan Aurora Charm, insya Allah settle.. Hehe

10. Usaha, doa & tawakkal. Buat #tindakan segera!

  • Tadi dah janji dengan saya kan.. Lepas baca ada pelan tindakan dan execute the plan.
  • Ilmu jadi bermanfaat jika di amalkan. Jadi sia-sia kalau tak di amal dan tak dikongsikan dengan orang lain.

SHARE jika bermanfaat!

Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!