Manisnya SIP di Cappadocia!

Bismillah..

This is it.. Cappadocia. Sampai jugak ke kawasan yang orang selalu kata sangat pelik tapi cantik. Orang tempatan ada yang menyebut sebagai ‘Kapadokya’, ada jugak yang sebut ‘Kapadosia’.  Selepas 11 jam dalam bas dari Istanbul tu, bila tengok ke luar tingkap bas, rasa macam dah sampai ke planet yang lain. Tandus. Berkabus. Bentuk batu pun macam pelik, seperti di ukir oleh manusia.. Macam tak banyak warna. (selalu kita kan nampak bangunan warna-warni, billboard bagai, bunga-buangaan).

Di Cappadocia, kami menginap di Kaya Hotel. Jangan gelak, saya tak bergurau.. Memang betul nama hotel ni Kaya.. Ha ha ha.. First time saya tido dalam gua batu, selama ni tengok dalam kartun Flinstones je. Suhu kat sini pada malam hari sangat sejuk, mencecah 5 darjah Celcius.

Jam 7:00 pagi di Hotel Kaya, Cappadocia.
Jam 7:00 pagi di Hotel Kaya, Cappadocia.

Antara tempat kami lawati ialah Goreme Open Air Museum dan kawasan sekitar bagi melihat semua rumah yang berbentuk seperti cendawan. Secara semula jadi terbentuk macam ni, secara erosion. Allah maha kuasa. Fantastiko. Tour guide kami, Mr Buraq adalah local Cappadocia.

FILE0334
Batu ni besar-besar.. Tengok orang kat atas tu nampak kecik je..
FILE0369
Travelling with style.. Cara tersendiri menikmati keindahan alam di sini
Orang panggil ‘fairy chimney’ sebab bahagian atas tu jadikan dapur. nanti nampak asap-asap mungkin sama di alam Fairy. Semua ni terjadi ambek masa lama. mungkin 50 tahun akan datang, ada yang baru akan naik tinggi, yang tinggi dah musnah. Macam tu lah…
13115539_10155231335469572_384408564_n
Gergasi Cappadocia attack unta
13181015_10155231335519572_1594755036_n
Keunikan rupa bentuk batu disebabkan erosion semulajadi menjadikan bentuk UNTA
Kawasan Goreme ni termasuk dalam UNESCO World Heritage List
HARI KEDUA
Pagi-pagi lagi seawal jam 5:30 kami dah keluar untuk hot air balloon. Pagi memang sejuk kan, bila dah naik 500 meter atau 5,000 kaki memang super sejuk. Kaki memang tak rasa dah, masing-masing dah pakai 2 lapis stokin sebab tour guide dah pesan. Gloves pun pakai. Setiap belon akan dilengkapi dengan satu gopro. Jadi semua aksi kita masa kat dalam dan pemandangan yang kita experience dirakam. Mujur satu balloon dengan Dato’ Wira Louis Ng, dia belikan DVD tu 😉
13182988_10155231335404572_1288300254_n
Sampai je disini terus berebut-rebut nak ambik gambar. Ini yang saya sempat capture, moment balloon tengah di setup.
13183118_10155231335429572_120290603_n
Mujur bawak kamera kecik AEE.. Mudah nak ambik banyak gambar dan selfie background wide.
13180982_10155231335329572_1630453301_n
Emas ni pun dah naik hot air balloon

13140686_10155231335274572_1634176881_n

Di belakang saya adalah Mr Pilot.. Beliau sering berhubung dengan pilot yang lain untuk mengelak bertembung. Selain itu beliau juga akan navigate arah tuju dan ketinggian balloon air ini.
Di belakang saya adalah Mr Pilot.. Beliau sering berhubung dengan pilot yang lain untuk mengelak bertembung. Selain itu beliau juga akan navigate arah tuju dan ketinggian balloon air ini.

Masa naik tu, seronok-seronok jugak lah, tapi dalam hati doa banyak-banyak tak jadi kemalangan ka apa. Macam dalam surat khabar baru-baru ni kan ada kemalangan jiwa yang berlaku time naik belon ni. Yala, bukannya depa bagi pakai jaket keselamatan ka parachute kan. Kalau jatuh tu, redha ja dah nak terbang tak reti. Disebabkan setiap penerbangan adalah berisiko tinggi, makanya bila kita selamat mendarat akan diraikan. Open table. Dan jugak dapat sijil setiap seorang.

Subhanallah, pujian bagi Allah.

Bila nak landing, ‘driver’ akan cakap landing position, dan kita semua kena duduk dalam tu. Tak boleh berdiri. Once dah touch down, pekerja kat bawah ramai-ramai tarik raga berisi 20 orang tu turun. Gagah semua ni, sebab tu saya ambek gambaq.
13153349_10155231335074572_885459887_n
Celebration selepas selamat landing. Kami dihidangkan dengan jus pomegranate atau lebih dikenali dengan Jus Delima
13115521_10155231335109572_1188074366_n
Alamak, krew-krew ni semua penyokong Besiktas.. Dihumban atas balloon yang telah dilipat.. hehe
13162017_10155231335144572_258725633_n
Pilot kami ni memang expert.. Landing tepat di atas ‘treler kecik’..
And this is my favorite picture..
13183137_10155231335214572_1874377029_n
Ku jentik satu persatu ke langit..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!