Ketulenan Emas Public Gold

 
PDF    Send article as PDF   

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

 

Unit Ukuran Peratusan

Pengisytiharan ketulenan (ataupun kehalusan @ Fine Gold) kandungan emas adalah penting kerana ia menentukan berat sebenar emas yang terkandung di dalamnya. Dalam ukuran peratusan ketulenan emas, ia tidak semestinya dibahagikan kepada 100 seperti biasa.

Ketulenan biasanya dikira berdasarkan bahagian emas per 100, 1,000 ataupun 10,000 bahagian artikel. Artikel di sini bermaksud barangan emas itu. Jadual di bawah ini menerangkan gred bagi sesuatu kualiti emas dan maknanya.

GredKetulenan
99.999.9 bahagian emas di dalam 100 bahagian artikel (99.9 peratus)
990990 bahagian emas di dalam 1,000 bahagian artikel (99.9 peratus)
999999 bahagian emas di dalam 1,000 bahagian artikel (99.9 peratus)
999.9999.9 bahagian emas di dalam 1,000 bahagian artikel (99.9 peratus)
99999999 bahagian emas di dalam 10,000 bahagian artikel (99.9 peratus)
9999.99999.9 bahagian emas di dalam 10,000 bahagian artikel (99.9 peratus)
99599.5 bahagian emas di dalam 100 bahagian artikel (99.5 peratus)
Gred Bagi Kualiti Emas

Ambil perhatian, antara emas 99.9 dengan 990, emas 99.9 sebenarnya mempunyai paras ketulenan yang lebih tinggi walaupun angkanya lebih rendah. Begitu pun antara emas 999.9 dengan 9999, emas 9999 mempunyai ketulenan yang lebih tinggi meskipun ia membawa nilai peratusan yang sama.

Semakin tinggi nilai ketulenan, semakin mahal harga emas itu kerana kesukaran menghasilkannya. Emas yang tinggi paras ketulenannya digunakan dalam bidang kritikal seperti perubatan dan industri aeorangkasa.

Unit Ukuran Karat

Satu lagi kaedah bagi mengukur paras ketulenan emas adalah dengan menggunakan unit karat. Ini adalah unit yang digunakan sejak dulu lagi. Perkataan karat di peroleh daripada karob iaitu biji sejenis tumbuhan yang digunakan dalam proses timbangan di bazar negara Timur Tengah zaman dahulu. Emas tulen di definasikan sebagai 24 Karat ataupun ringkasnya 24K.

Karob

Sekiranya 100 peratus dikira sebagai paras ketulenan tertinggi, maka setiap satu karat bersamaan dengan kira-kira 4.17%. Kiraan berikut menerangkan dengan lebih terperinci.

Jadual dibawah adalah ringkasan bagi unit ukuran karat.

Bilangan KaratKod KetulenanPeratus Emas
2499999.90 peratus
2291691.67 peratus
1875075.00 peratus
1458358.30 peratus
1041741.67 peratus
937537.50 peratus

Bagi pengesahan ketulenan produk Public Gold, Penang Assayer Office telah dilantik sebagai independent Assayer. Maklumat terperinci seperti dibawah.

Pautan Video:


© 2010 Public Gold Sarawak Suffusion theme by Sayontan Sinha