Kenapa harga emas Public Gold tak sama dengan harga dipapar di suratkhabar?

Assalamualaikum,

Tahniah sebab sudi baca satu lagi info atau ilmu yang saya nak kongsikan.

Pagi tadi dealer saya Hazelyne Gimas tanya di Group Whatsapp Dealer saya:

Mengapa harga emas yang terpampang di surat khabar dan TV (masa berita dunia ada info harga emas di skrin bawah) dengan Public Gold tak sama. Apa sebab berbeza?

Ok, ni mmg salah satu soalan yang sering ditanya kepada saya. Jawapan ringkas:

Harga yang dipaparkan di surat khabar adalah harga emas mentah (raw gold) yang belum di proses. 

Support Group Dealer saya dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura

Harga emas mentah dunia ni merupakan harga yang diguna pakai oleh pengilang (refinery emas) utk membeli emas dari syarikat pelombong emas.

Emas yang baru di lombong – raw nugget

Dalam bahasa orang kampung saya, harga emas mentah dikenali sebagai ‘spot price’.

Harga ini belum termasuk harga premium eg cost minting atau pemprosesan sehingga terbentuknya emas dalam bentuk goldbar atau syilling emas (Dinar).

Dan harga ni mmg tak ditawarkan kepada individu.

Penting untuk orang awam tahu tentang perkara ni kerana:

  1. Untuk elak ditipu oleh ‘scammer’ yang menjual emas below spot price.
  2. Mengelak diri dari membeli emas palsu.
  3. Harga emas takkan murah daripada harga emas spot price. (ramai tertipu sebab ditawarkan emas pada harga ‘luar biasa murah’.)

Saya nak berkongsi cara pengiraan harga emas dunia, jom:

  • Step 1: Dapatkan harga semasa emas di www.kitco.com atau website Public Gold. (refer graf)
Untuk harga terkini, kita refer garisan hijau iaitu $1196.2/oz
  •  Perlu di ingat harga ini dlm oz (auns). 1 oz bersamaan 31.1 gram.
  • So kita nak convert oz kepada gram utk dptkan harga per gram emas dlm USD.

Step 1:  $1,196.2 bahagi 31.1 gram

Maka; harga emas segram dlm USD bersamaan $38.46

  • Step 2: Convert kan harga emas daripada USD kepada RM

USD $1 = 4.40 MYR (Cari rate exchange)

Jadi, $38.46 x 4.40

Maka harga spot (harga raw) emas semasa dunia bersamaan RM169 (harga hari ni 10/03/2017).

Public Gold merupakan antara syarikat yang menawarkan harga & spread terendah di Malaysia (dua kombinasi paling penting utk anda tahu sebelum beli emas kat mana-mana).

Rujuk harga PG SELL utk buat pembelian – premium Public Gold sekitar RM12 ke RM15 sahaja berbanding dgn kedai emas.

Kalau nak beli emas utk simpanan dan pelaburan, jangan cuma tanya harga saja. Tanyakan sekali berapa spread margin. Tanya mcm ni:

Kalau nak jual balik nanti, berapa peratus (%) tolak dari harga semasa.

Berikut adalah spread margin Public Gold, ingat dua benda ni:

  • Semakin berat emas – semakin murah harga per gram (rujuk gambar PG Sell di atas)
  • Semakin berat emas – semakin kecil spread margin (perbezaan harga beli dan jual semula)

Semoga ilmu ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan-rakan anda.

  • Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta
  • Double Star Master Dealer Public Gold
  • Introducer Code: PG000839
  • HP: 019-888 4452 (SMS, Whatsapp, Call)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *