Ilmu asas pelaburan Emas

Hafizul, macam mana nak mula beli emas dengan Public Gold?
Jawapannya mudah sahaja, pilih samada anda nak beli jongkong, dinar ataupun rantai keluaran Public Gold. Kemudian tengok harga jualan (PG Sell) dekat Public Gold Live Price ni dan terus hubungi saya untuk saya bantu proses order anda.

Beli emas Public Gold ni dapat emas ye Hafizul?
Ya, Public Gold mengamalkan konsep “beli emas dapat emas“. Jadi setiap produk Public Gold yang kita beli, kita akan dapat dalam bentuk fizikal selepas pembayaran dibuat.

Habis emas yang kita beli ni nak kena simpan sendiri la ya?
Ouh kalau tak nak simpan sendiri, awak bagi saya simpan jela. Hehe…gurau-gurau je. Sebenarnya terpulang pada kita samada untuk simpan sendiri di rumah dengan gunakan kreativiti kita atau kita boleh sewa peti simpanan keselamatan di bank-bank yang ada menawarkan perkhidmatan ini ataupun juga pihak swasta seperti Public Safe atau RSDB.

Turun Naik Harga Emas

Puan Mastura seperti kebanyakkan orang lain seorang yang sibuk di tempat kerja dan juga selepas kerja. Namun, beliau amat berminat untuk menyertai pelaburan emas khususnya Public Gold. Apa yang menjadi keprihatinan beliau ialah bagaimana ingin memantau turun naiknya harga emas dan bilakah masa yang sesuai untuk membeli dan menjual emas.

Walau sesibuk mana sekalipun, sebenarnya kita masih boleh pantau harga emas dengan mudah dengan melayari 2 website ini:

  • www.kitco.com
  • www.goldprice.org

Sebenarnya, dalam jangka masa pendek harga emas berubah-ubah iaitu ada turun dan naik tapi dalam jangka masa panjang harga emas adalah dalam trendline menaik.

 

Emas naik sebanyak 67.2% dalam tempoh 5 tahun. Purata 13.44% setahun

Emas naik sebanyak 251.69% dalam tempoh 10 tahun. Purata 25.17% setahun

(Sumber graf: goldprice.org)

Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah pertama semakin lama kita simpan emas semakin tinggi purata kenaikan yang akan kita peroleh. Kedua emas merupakan simpanan jangka panjang yang menguntungkan. Dalam erti kata lain, bila kita menyimpan emas sebenarnya kita menukarkan simpanan duit ringgit kita ke dalam bentuk aset yang lebih bernilai.

Inflasi vs Duit Ringgit

Ouh ya, saya dah cakap belum pasal kalau kita simpan duit kertas, duit kita ni nanti ‘dimakan’ inflasi? Contoh terbaik bagi mereka yang tinggal di bandar seperti KL, kalau dulu harga kuih 3 biji RM1 sekarang dengan RM1 cuma boleh dapat 2 biji je. Ke mana hilangnya sebiji lagi kuih tu sekarang ni?

Itulah inflasi. Semakin lama semakin kecik kuasa membeli kita kalau simpan duit kertas (walaupun duit tu disimpan di bank). Alternatif terbaik ialah dengan menukarkan duit simpanan kita ke dalam bentuk emas.

p/s: purata inflasi di Malaysia sekitar 4% setahun

Melabur Emas Tapi Tak Patuh Syariah, Macam mana?

“Ada yg kata pelaburan emas dgn bank tidak menepati syariah Islam, surface shj. boleh explain”, tanya Puan Mastura

Sebenarnya bukan Puan Mastura seorang sahaja yang pernah bertanya hal ini kepada saya malah ramai lagi yang pernah bertanyakan perkara yang sama. Mungkin anda juga tertanya-tanya.

Riba antara topik yang dibincangkan dan emas termasuk dalam salah satu item ribawi. Ustaz Zaharuddin sendiri ada menulis artikel yang padat dengan huraian di blog beliau mengenai isu ini. Anda boleh klik untuk baca artikel hukum akaun pelaburan emas di Malaysia.

Secara ringkasnya, emas yang kita beli tidak kira baik di bank atau di kedai emas atau di mana-mana sekalipun, mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

  • bank, kedai, syarikat memiliki emas yang dijual semasa menjual
  • bank, kedai, syarikat memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli)

Apabila semakin ramai orang memulakan pelaburan emas, maka pelbagai institusi dan juga syarikat menawarkan peluang pelaburan. Akan tetapi cuma segelintir sahaja yang mengambil kira soal halal haram transaksi pembelian emas itu sendiri.

Kerana emas salah satu item ribawi, jika tidak dititik beratkan transaksi melibatkan emas, mungkin transaksi tadi boleh jatuh sebagai riba. Maka ianya adalah haram.

Atas sebab itu jugalah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas.

Beli Emas Dapat Emas

Inilah konsep yang diamalkan Public Gold. Beli emas dapat emas. Beli pada harga semasa dan apabila ingin menjual semula kepada Public Gold, Public Gold akan membeli pada harga semasa juga.

Harga semasa yang diguna pakai oleh Public Gold adalah berpandukan kepada harga emas antarabangsa.

Public Gold sangat telus kerana harga jualan (PG Sell) dan harga belian (PG Buy) dipaparkan secara live di website Public Gold (www.publicgold.com.my) dan apa yang lebih menarik harga Public Gold update setiap 20 minit mengikut harga emas antarabangsa.

Satu lagi kelebihan yang ada pada Public Gold dan tiada pada tempat lain ialah kebolehan untuk kita ‘lock harga’ tak kira masa baik siang mahupun tengah malam, 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.

Katalah waktu tu tengah malam, kemudian kita tengok harga tengah rendah dan memang sesuai untuk beli, kita boleh ‘lock harga’ tersebut. Keesokan paginya walaupun harga dah naik, kita cuma bayar harga yang kita dah lock tu je. Itu yang dimaksudkan dengan ‘lock harga’.

Semua ini dapat dilakukan kerana Public Gold mempunyai infrastruktur IT yang serba canggih bernilai jutaan ringgit yang telah dilaburkan bagi memudahkan kita membeli emas pada harga yang kita rasakan cantik. Memang mudah bila kita berurusan dengan Public Gold.

Hafizul, Kenapa Ada Perbezaan Harga Antara PG Sell dengan PG Buy?

Ouh itu namanya ‘spread’ atau dalam bahasa Melayunya kita panggil ‘susut nilai’.

Spread ialah beza harga jualan dan harga belian emas. Formula spread: (Harga jualan – Harga belian) / Harga jualan              

  • Spread disebut dalam bentuk %. Lebih kecil spread lebih bagus

Kalau kita pergi kedai emas, kita biasanya akan nampak harga jualan per gram tapi jarang sekali kita nampak berapa harga mereka beli balik  per gram. Andai kita tahu berapa harga belian balik  per gram dari mereka kita boleh kira spread emas yang mereka jual.

Cara lain nak tahu spread kedai emas ialah kita boleh tanya pekerja-pekerja kedai emas ni tadi berapa susut nilai emas mereka dan jawapan yang diberikan biasanya spread mereka antara 25% hingga 40%. Sangat banyak kan?

Kesilapan UTAMA pembeli emas ialah tak tanya susut nilai emas semasa membeli

Berita baiknya kita dah jumpa tempat yang boleh bagi spread yang sangat minima iaitu Public Gold. Spread emas Public Gold cuma serendah 4.5% hingga 10% sahaja. Sebagai pelabur, lagi rendah spread emas lagi cepat kita untung.

p/s: spread Public Gold bergantung pada berat emas. Semakin berat emas tersebut semakin kecil spreadnya. Jadi lebih elok beli emas yang beratnya lebih.

Saya Dah Ada Duit & Nak Beli Emas. Please Advise

Bagi memulakan pelaburan emas anda, anda boleh membeli mengikut bajet yang ada. Boleh bermula dengan jongkong emas 999.9 yang beratnya 10g ataupun dengan 1 Dinar (emas 916 beratnya 4.25g)

Walaubagaimanpun, sesiapa yang mempunyai bajet lebih, bolehlah membuat pembelian dalam jumlah yang lebih besar dengan berat gram yang lebih dan kuantiti yang banyak.

Sebagai contoh, apabila Puan Mastura telah faham penjelasan saya beliau mengambil tindakan dengan membuat pembelian sebanyak RM16k (mengambil peluang promosi Dealer Public Gold pada bulan tersebut).

Kenapa saya cadangkan kepada beliau supaya membeli 10 Dinar dan 5 Dinar:

  1. Spread margin kecil iaitu 10 Dinar (5%) dan 5 Dinar (5.5%)
  2. Pada ketika ini Public Gold menawarkan promosi iaitu sebarang pembelian 25 Dinar anda layak bergelar Dealer Public Gold

Tambahan pula, sesiapa yang membuat pembelian pertama sebanyak RM20,000 dan ke atas, mereka secara automatik layak menjadi Delaer Public Gold. Manakala sesiapa yang membuat pembelian pertama sebanyak RM100,000 dan ke atas, mereka secara automatik layak menjadi Priority Dealer.

Kelebihan Dealer dan Priority Dealer ialah mereka akan mendapat diskaun tambahan masing-masing sebanyak 1% dan 1.5% daripada harga jualan Public Gold (PG Sell). Lebih menarik, apabila mereka menjual kembali emas tersebut kepada Public Gold mereka akan mendapat lagi komisyen tambahan sebanyak 0.5%.

Dengan pembelian pertama Puan Mastura tadi ni telah melayakkan beliau menjadi Dealer Public Gold secara automatik dan beliau turut mendapat komisyen (diskaun) dari pembelian tersebut.

Beli Emas SEKARANG!

Dalam membeli emas ada pepatahnya. “Beli dulu kemudian baru tunggu bukannya tunggu dulu baru beli

Kalau kita tunggu dan tak beli-beli alamatnya kita akan terus menungguuuuuu sahaja.

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli emas kerana para penganalisis meramalkan harga emas akan terus meningkat naik ke suatu paras lebih tinggi di masa hadapan.

Jika kita beli sekarang kita akan untung bila harga emas semakin menaik selepas ini.

Bagaimana Nak Mula?

Baik, jika kita punyai kewangan yang besar seperti RM20,000 kita boleh beli sebarang produk Public Gold (campur-campur ikut suka kita dan jumlah keseluruhannya RM20,000 atau lebih) dan kita dah layak jadi Dealer.

Manakala jika kewangan kita lebih besar menjangkau sehingga RM100,000 dan ke atas kita akan terus jadi Priority Dealer.

Pembelian pertama ini pun sudah melayakkan anda mendapat komisyen masing-masing 1% dan 1.5%

Bagi Dealer dan Priority Dealer jumlah itu hanyalah untuk pembelian pertama sahaja. Pembelian seterusnya tiada syarat pembelian minima. Boleh beli sebarang produk hatta cuma 1 Dinar sekalipun. Beli 1 Dinar tetap dapat komisyen. Takde nak kena maintain bulan-bulan ke apa. Cumanya setiap 6 bulan sekali perlu ada satu transaksi bagi memastikan yang Dealer ini masih hidup.

Promosi Istimewa November 2013!

Memandangkan sambutan promosi bulan Oktober (beli 100 gram BungaMas dapat jadi dealer Public Gold) yang diterima begitu menggalakkan, jadi Public Gold berhasrat untuk menawarkan promosi 100 gram BungaMas lagi pada bulan November ini tetapi LEBIH BAIK!

nov_promo_malaysia

Jika anda membeli kombinasi 100 gram produk BungaMas Public Gold anda layak untuk menjadi Dealer Public Gold dan dapat syiling 10 Dirham PERCUMA!

(10 Dirham: syiling perak ketulenan 999 dengan berat 29.75 gram)

Produk BungaMas terdapat dalam bentuk jongkong 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

bungamas-series

BungaMas merupakan jongkong emas terbaru keluaran Public Gold dengan ketulenan 999.9

Terdapat ukiran bunga dan tulisan jawi pada bahagian hadapan jongkong BungaMas manakala pada bahagian belakangnya terdapat ukiran bermotifkan songket yang timbul.

Memang cantik! Ni gambar eksklusif BungaMas yang saya pegang sendiri untuk tatapan anda!

Hazwan BungaMas depan

Hazwan BungaMas belakang

Hazwan BungaMas kotak

Jongkong BungaMas yang dihasilkan sangat cantik, kilat & memukau! Ambil gambar sampai boleh nampak reflect kamera. Tempah 100 gram BungaMas sekarang dapat PERCUMA 10 Dirham dan dapat jadi dealer Public Gold.

Tapi cepat, tawaran ni terhad untuk 200 orang yang terawal sahaja!

 

Apa pula kelebihan menjadi dealer Public Gold ni?

  • Dapat rebat 1% setiap kali beli apa-apa produk Public Gold (belian promosi ni pun dah layak dapat 1%)
  • Tambahan 0.5% lagi bila jual balik produk ke Public Gold
  • Kalau ada keluarga dan rakan-rakan ingin membeli dan kita jadi introducer mereka, setiap kali mereka beli dari Public Gold kita akan dapat komisyen 1% (boleh jadi side income).

Sekarang masa yang memang cantik untuk beli emas. Apatah lagi, harga emas baru lepas jatuh, kembali menaik dan harga masih rendah, jadi memang sesuai sangat-sangat untuk beli emas sekarang ni!

Contact je saya di 019-8884452 untuk beli emas sekarang.

Tapi Hafizul modal saya ….

Siapa kata mesti kena bermula dengan RM20,000 atau RM100,000?

Itu kalau nak jadi dealer. Kalau tidak kita jadi pelabur biasa tetap dapat beli dengan harga jimat sebab Public Gold kilang emas jadi mereka jual pada harga kilang.

Berita baiknya pula, jika anda membeli sebarang produk Public Gold berjumlah RM5,000 dan ke atas dalam satu resit, anda diiktiraf sebagai ADVANCE CUSTOMER.

Oct-Dec

Advance Customer BOLEH INTRODUCE Public Gold kepada ahli keluarga dan rakan-rakan dan jika mereka membeli sebagai ADVANCE CUSTOMER juga (beli produk dengan nilai RM5,000 atau lebih dalam satu resit) anda akan mendapat BONUS TAMBAHAN dalam bentuk WANG RINGGIT

Contoh bonus tambahannya begini:

Introduce 2 Advance Customer, dapat bonus RM100

Introduce 3 Advance Customer, dapat bonus RM150

Introduce 4 Advance Customer, dapat bonus RM200

Introduce 5 Advance Customer, anda layak memohon menjadi Dealer Public Gold

Sangat mudah! Cuma kongsi dengan family dan kawan-kawan. Bagitahu kat mana tempat TERBAIK nak beli emas. Beli emas dengan harga jauh lagi rendah dari kedai emas dan susut nilai emasnya pun rendah. Tempatnya di Public Gold. Beli emas di Public Gold untung cepat.

Promosi Advance Customer ni hanya untuk tempoh terhad sahaja. Promosi tamat pada 31 Disember 2013.

Andai kata kita memang dah faham kepentingan emas dan memang dah minat nak mula membeli emas tapi bajet tu tak berapa besar, ada modal dalam RM1,000 lebih je sekalipun dah boleh bermula.

Sebenarnya kita boleh mulakan pelaburan dengan jongkong emas 10 gram atau 1 Dinar dahulu yang kosnya sekitar RM610 ataupun paling koman mulakan dengan 10 Dirham, harganya baru dalam RM100 lebih.

10g1 dinar10Dirham

Lepas dah baca ni anda nampak dan faham kenapa penting dan perlunya menyimpan emas lalu anda memang teringin nak beli emas terus sebab dah teruja, boleh tengok step by step mudah cara-cara membeli emas Public Gold (klik sini).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!