[I Love Sunnah]: Adab-Adab di dalam Masjid

Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah Ayat 18:

{ إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ }

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Salah satu ciri muslim yang beriman mereka adalah orang-orang yang sentiasa memakmurkan masjid dengan menjaga  adab-adabnya sebagaimana diajarkan didalam Al-Qur’an dan sunnah.

KETIKA HENDAK MASUK MASJID:

  1. MEMBUKA KASUT/SELIPAR & MASUK MASJID/SURAU DENGAN KAKI KANAN.
  2. MEMBACA DOA MASUK MASJID.

اَللّهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ.

 “A‌llahummaf-tahlii abwaaba rahmatika”.

Maksudnya:  “Wahai Tuhanku, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu”.

KETIKA DI DALAM MASJID:

  1. MENUNAIKAN SOLAT TAHIYATUL MASJID DUA RAKAAT & NIAT IKTIKAF.
  2. MEMPERBANYAKKAN BERZIKIR, MEMBACA AL-QURAN, MEMBACA HADIS.
  3. MENGURANGKAN PERCAKAPAN SIA-SIA, HAL-HAL KEDUNIAAN.
  4. JANGAN MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG BERSOLAT.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

لو يعلم المار بين يدي المصلي ماذا عليه لكان أن يقف أربعين خيراً له من أن يمر بين يديه

“Seandainya orang yang melintas dihadapan orang yang solat mengetahui akan apa yang terjadi padanya, nescaya dia akan rela untuk berdiri (menunggu) selama 40 (hari/bulan/tahun) daripada melintas dihadapannya”. (Mutaffaq ‘Alaihi)

KETIKA HENDAK KELUAR MASJID:

  1. MELANGKAH DENGAN KAKI KIRI KETIKA KELUAR DARI MASJID.
  2. MEMBACA DOA KELUAR DARI MASJID

اَللّهُمَّ اِنِّيْ أسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ.

“Allahumma innii as-aluka min fadhlika”.

Ertinya : “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan segala keutamaan-Mu”.

Untuk mengamalkan sunnah maka kita ambil daripada 3 bahagian ini.

  1. Suurah Nabi Muhammad s.a.w. iaitu gambaran luar, fizikal Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya menipiskan misai, menyimpan janggut, bersiwak, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dll.
  2. Sirah Nabi Muhammad s.a.w. iaitu perjalanan hidup Nabi s.a.w. daripada bangun tidur sehingga tidur semula. Asasnya, tidur cara nabi, adab makan cara nabi, masuk tandas cara nabi, perjalanan cara nabi, keluar masuk rumah cara nabi, berkenderaan cara nabi dan bersama isteri pun cara nabi. Banyak lagi adab-adab harian yang mengikut sunnah yang kita perlu pelajari dan sempurnakan.
  3. Sarirah Nabi Muhammad s.a.w. iaitu kerisauan Nabi Muhammad saw. Nabi fikir macam mana semua ummatnya masuk syurga dan selamat dari azab api neraka. Fikir inilah yang perlu sentiasa ada dalam hati semua orang mukmin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!