[Food Review]: Salleh’s Corner – Rasa 5 Bintang, Harga Kaki 5

Assalamualaikum semua,

Kali ini saya nak share sebuah lagi tempat menarik untuk anda menjamu selera di Kuching, Sarawak. Restoran yang dimaksudkan adalah Salleh’s Corner. Tagline popular mereka ialah: “Rasa 5 Bintang, Harga Kaki 5”

Perjalanan dari area Satok ke restoran ini hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja menggunakan kereta.

Al-kisahnya isteri saya tetiba mengidam Tomyam, so saya yang bawakkan dia ke sini buat kali pertama.

Lokasi Restoran

  • RPR Phase 2, Jalan Astana, Kuching, 93050

Masa Operasi

  • 5:00 petang sehingga 12:00 malam
  • Ada menyediakan babychair
  • Restoran ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang berhawa dingin & tiada berhawa dingin.

Konsep Hidangan

  • Seafood
  • Thai Food
  • Local Sarawak dishes

Signature Dish

  • Ketam masak telur masin
  • Mee goreng kerang
  • Ayam Penyet
  • Tomyam King (Highly recommended)

Untuk menu makan malam kami order menu dibawah. Cuma telur dadar je lupa snap sebab dah mula menjamu selera 😉

11816005_10152939638211787_1592961735_n
Sayur Midin
11830328_10152939638341787_1190442558_n
Tomyam King
11823850_10152939638346787_809083324_n
Udangnya banyak & besar-besar belaka!

Tomyam king harga sekitar RM25. Isinya penuh dengan Udang galah, sotong, ikan, sayur campur. Rasanya sangat menyelerakan!

11851076_10152939638351787_547546427_n
Ikan Siakap masak tiga rasa. Saiz Ikan size ni untuk 4 orang dewasa!
11857505_10152939638696787_1861731610_n
Bersama pemilik restoran Salleh’s Corner. Memang bertepatan dengan tagline restoran – “Rasa 5 Bintang, Harga Kaki 5”.

Comments

    1. Hafizul Hakim Post
      Author

Leave a Reply