Donald Trump lantik pengkritik menjadi penasihat terbaru Amerika

Mungkin agak pelik untuk memilih seseorang yang tidak bersetuju dengan pendekatan seorang pemimpin, namun itulah yang dilakukan Donald Trump.

Berikutan kejayaan Donald Trump dipilih sebagai President terbaru Amerika Syarikat, ramai dikalangan artis dan ahli korporat melibatkan CEO bertaraf dunia tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan.

Antara yang menarik perhatian ramai adalah komen CEO Tesla iaitu Elon Musk yang melabelkan Donald Trump sebagai ‘incompetent‘ dan ‘not the right man for the job’.

Selain Elon, CEO Uber iaitu Travis Kalanick juga sempat bergurau mengenai pendapat beliau sebelum pilihanraya dijalankan. Travis mengatakan beliau sanggup berpindah ke China jika Trump dipilih sebagai President.

Percaya atau tidak, kedua-dua mereka dipilih sebagai ‘President’s Strategic and Policy Forum’  dibawah kepimpinan Trump. Selain itu, mereka akan turut bersama dengan CEO Pepsi, Indra Nooyi bagi membantu Trump untuk menjayakan misi ‘make America great again‘.

Saya tidak pasti sama ada pemimpin di negara lain juga akan atau pernah melakukan perkara yang sama. Mungkin inilah sebabnya terdapat beberapa individu yang melabelkan Donald Trump sebagai ‘gila’.

Dari segi sudut kepimpinan, apa yang Donald Trump lakukan sangat bijak. Jika pengkritik sangat hebat mengkritik bermaksud mereka hebat dlm apa yang diperkatakan. Jika mereka sendiri tidak mampu berjaya, secara ‘reverse physchology’ nya mereka sendiri akan terdiam.

Sumber: TheVocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!