Cara langsai hutang – Teknik Snowball!

Menurut laporan akhbar The Star, kadar kemuflisan di Malaysia semakin meningkat dengan sebanyak 21,987 kes dilaporkan pada tahun 2013. Hal ini tentunya membuat kita lebih berhati-hati ketika menggunakan kemudahan kredit.

Walau bagaimanapun, kebanyakan kita tidak dapat lari daripada berhutang seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, dan juga pinjaman pendidikan. Hal ini kerana kebanyakan kita tidak mampu untuk membeli keperluan seperti rumah dan kenderaan, membiayai perbelanjaan pendidikan ataupun rawatan kesihatan di klinik atau hospital swasta secara tunai.

Selain itu, ada juga di kalangan kita yang menggunakan kemudahan kredit untuk membiayai kos lain seperti kos perkahwinan dan kos melancong. Walau apa pun faktor yang menyebabkan kita terpaksa berhutang, sudah pasti kita semua mengharapkan bahawa hutang itu dapat diselesaikan dengan segera.

Di dalam artikel ini, kami menyenaraikan beberapa kaedah mudah yang anda boleh gunakan bagi meringankan beban hutang anda.

Kaedah snowball

Penasihat kewangan Amerika Syarikat, Dave Ramsay, menyarankan satu kaedah mudah yang dinamakan sebagai kaedah snowball. Menerusi kaedah ini, anda boleh menumpukan komitmen kewangan anda untuk membayar satu akaun hutang pada satu masa, manakala hanya membuat pembayaran minimum untuk akaun-akaun hutang yang lain.

Anda dinasihati untuk mengumpulkan sejumlah wang untuk tabungan kecemasan terlebih dahulu (misalnya, RM3,000). Selepas itu, anda boleh menggunakan pendapatan anda untuk membayar setiap satu akaun hutang anda – satu persatu.

Anda perlu menyenaraikan setiap hutang berdasarkan baki dan bayaran bulanan, dan anda perlu membayar akaun hutang yang mempunyai baki yang paling minimum terdahulu. Dengan melangsaikan hutang dengan jumlah terendah dulu, anda akan dapat melihat hasilnya dengan lebih cepat.

Pendekatan ini akan memotivasikan anda untuk terus membayar hutang anda sehingga semua baki dapat dijelaskan. Selain itu, anda juga digalakkan untuk mengelakkan diri daripada membuat permohonan pinjaman peribadi yang baru dan mengurangkan penggunaan kad kredit.

Walau bagaimanapun, kaedah ini mungkin mengambil tempoh masa yang lama bagi menyelesaikan semua hutang yang ada, dan pembayaran minimum mungkin akan menyebabkan pengumpulan faedah yang memanjangkan tempoh pembayaran semula akaun-akaun hutang yang lain.

Strategi:

  • Duit lebihan gaji digunakan untuk bayar hutang terkecil (A)
  • Selepas hutang (A) settle, kini anda ada bajet duit lebihan gaji + A (duit ekstra bayaran minimum) untuk settlekan hutang B.
  • Selepas hutang (B) settle, kini anda ada bajet duit lebihan gaji + A + B (duit ekstra bayaran minimum) untuk settlekan hutang C.

Dan seterusnya..

Artikel berkaitan: Cara langsai hutang RM43 dalam masa 14 bulan 

Semoga bermanfaat dan selamat berjaya!

 

  • Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta
  • Double Star Master Dealer Public Gold
  • HP: 019-8884452 

 

Leave a Reply