Cara Beli Emas Public Gold secara ONLINE

Beli emas Public Gold semudah beli tiket “Air Asia” kata seorang customer saya. Walaupun tak jumpa dealer sekalipun, anda boleh place order sendiri secara online (dibuka 24 jam sehari), selesaikan bayaran, dan collect emas pada bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan di pejabat Public Gold terdekat.

Tapi kalau nak urusan lebih mudah, contact saya  (019-8884452) atau mana-mana dealer Public Gold yang anda percaya.

Bagi segala maklumat yang diperlukan iaitu:

  1. Nama penuh
  2. No. i/c
  3. No. telefon
  4. Email
  5. Item yang nak dibeli
  6. Tinggal / kerja area mana untuk kenalpasti cawangan Public Gold terdekat dengan anda.

Nanti selesaikan bayaran ke terus akaun Public Gold dan ambil emas terus dari pejabat Public Gold terdekat.

Kalau tak dapat contact dealer untuk lock harga masa harga emas tengah ‘cantik’, follow steps di bawah ni. Tapi kalau pernah berdaftar dengan Public Gold (i.e. pernah beli atau jual terus di office Public Gold).

4 Langkah Membeli Emas Public Gold

Langkah #1 : Register di Website Public Gold
Langkah #2 : Lock Harga (Place Order)
Langkah #3 : Buat Bayaran
Langkah #4 : Ambil Emas

Langkah #1 : Register di Website Public Gold

Picture2

Skrin #1: Pergi ke web www.publicgold.com.my, dan klik “Login”.

Picture3

Skrin #2: Klik butang “Register”.

Picture4

Skrin #3: Masukkan maklumat peribadi. Letakkan maklumat dealer sebagai introducer anda. Ini penting sebab dealer tu nanti akan bantu anda follow-up dengan Public Gold bila diperlukan. Kalau nak saya jadi introducer anda, letakkan nama “Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta“, kod “PG000839“, no. telefon “019-8884452“.

Peringatan penting, introducer tak boleh ditukar kalau dah register nanti. So, lebih baik anda kenal pasti betul-betul dealer mana yang boleh membimbing anda dengan betul dan penuh bertanggungjawab sebelum letak nama introducer.

Skrin #4: Buka email anda, dan klik “activation link”.

cara beli emas public gold - 05

Skrin #5: Sekarang ni proses “Registration” dan selesai. Buka balik website www.publicgold.com.my dan klik “Login”.

Langkah #2 : Lock Harga (Place Order)

Skrin #6: Masukkan temporary “Username” dan “Password” yang dihantar ke email anda sebagaimana tertera di Skrin #4.

Picture5

Skrin #7: Klik “Order”, dan “Place Order”.

Picture6

Skrin #8: Masukkan bilangan item yang nak dibeli. Contoh di atas saya nak beli 5 keping x 100 gram. Saya cuma masukkan nombor 5 di dalam kotak.

Picture7

Skrin #9: Pilih “Full Payment” di bahagian “Payment Option” kalau anda buat belian tunai, atau pilih “Easy Payment” kalau nak beli secara ansuran (4 kali bayar/ 4 bulan). Belian Easy Payment dikenakan caj 0.5% (sekali sahaja) atas jumlah keseluruhan belian. Lengkapkan segala maklumat diperlukan dan klik “Check Out”.

Picture8

Skrin #10: Semak segala maklumat diberikan. Pastikan semua maklumat betul sebab kalau berlaku kesilapan, proses pembetulan dengan pihak Public Gold mungkin agak menyulitkan. Kalau semua dah ok, klik “Confirm Order”. Proses lock harga selesai….

Langkah #3 : Buat Bayaran

Langkah #3.1: Tunggu Sales Order

Lepas klik “Confirm Order” di Skrin #10, sistem web Public Gold akan emailkan Booking Order (BO) on-the-spot. Anda dah boleh buat bayaran terus berdasarkan Booking Order tu atau tunggu sehingga anda terima email Sales Order (SO) seperti di bawah. Kalau tak terima SO dalam masa 2 hari, bagi tahu dealer untuk dia follow-up dengan Public Gold. Bila dah terima SO, semak dan pastikan maklumat tepat sebelum buat bayaran. Kalau berlaku kesilapan dalam SO tu, bagi tahu dealer untuk minta Public Gold buat pembetulan.

Picture9


Contoh Sales Order (Invoice): Maklumat terpenting ialah no. Sales Order PM2-006523 dan A/C Code PG002369 (Kod Dealer/ Kod Customer PG) untuk rujukan.

Langkah #3.2: Buat Bayaran & Simpan Slip Bayaran

Bila terima SO, pastikan anda buat bayaran dengan cara bank-in duit ke akaun Public Gold (Maybank atau Public Bank) dalam masa 1 hari bekerja (atau selewatnya 4 hari). Pastikan anda simpan bank-in slip / bukti bayaran ORIGINAL baik-baik.

Public Gold tak akan benarkan barang diambil tanpa bukti bayaran original.

028


Contoh Slip Bayaran: Saya prefer buat pembayaran melalui Maybank2u (limit harian RM10,000, kalau RM15,000 kena buat 2 kali bayaran), ataupun bank-in di kaunter kalau amaun melebihi RM10,000.

Peringatan penting, JANGAN buat bayaran melalui Cash Deposit Machine!

Ia sangat berisiko sebab kalau tiba-tiba Cash Deposit Machine:

  1. Error masa anda sedang masukkan duit
  2. Tak dapat keluarkan resit, anda tak ada bukti yang anda telahpun buat bayaran!…

Lepas buat bayaran, terus emailkan bukti bayaran kepada payment@publicgold.com.my untuk mereka sahkan yang anda telahpun buat bayaran. Kalau bayaran tak diterima dalam tempoh yang ditetapkan (10 hari), anda boleh dikenakan penalti ataupun nama di blacklist.

Langkah #4 : Ambil Emas

Lepas selesaikan bayaran, anda boleh ambil emas pada bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan. Lepas tempoh 2 bulan, Public Gold akan kenakan upah simpanan 1.0% setahun.

Apabila nak datang ambil, jangan lupa bawa sekali:

  1. Bukti bayaran original
  2. Salinan Sales Order.
  3. Call dulu office Public Gold, bagi no. Sales Order untuk dia semak samada dah boleh ambik ke belum, dan yang keduanya, supaya dia boleh proses awal-awal.

Anda tak perlu menunggu lama-lama di office Public Gold untuk dapat emas tu.

Itu sahaja 4 langkah lock dan beli emas Public Gold tanpa menunggu Dealer.

Moga kita semua kaya dan berjaya dalam pelaburan emas, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Hafizul Hakim

Hafizul Hakim

Hafizul Hakim. Aktif berkongsi ilmu emas dengan anak muda di Facebook. Double Star Master Dealer Public Gold. Introducer Code PG000839. Whatsapp untuk belian emas di nombor 019-888 4452

One thought on “Cara Beli Emas Public Gold secara ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!