About Us

Mula membaca tentang emas ketika mula di alam pekerjaan sekitar tahun 2009. Pada masa itu saya baca buku ‘Guide to Invest in Physical Gold by Mike Maloney’. Baca free je kat MPH Bookstore di The Spring. First time baca buku kewangan sebab nak tunggu girlfriend shopping. (Myzarafini Abdullah)

Itu adalah titik tolak pertama menggerakkan saya untuk ingin lebih lanjut tentang potensi simpanan emas fizikal. Pencarian saya menemukan kepada website En Syukor Hashim iaitu jutawanemas.com

Masa ni usia saya adalah 25 tahun.. (al maklum lahir December memang selalu jadi muda)..

Saya buat study selama beberapa bulan untuk verify Public Gold clean dari “funny-funny thing”.. Straight forward, beli emas dan dapat emas.. Jual emas, dapat duit balik.. Exactly macam kedai emas.

Bezanya cuma dua: (i) harga emas jauh lebih murah (ii) masa jual balik emas, terima pada harga yang tinggi (spread rendah).

April 2009
————–
Saya membuat pembelian emas pertama iaitu 1 Dinar (4.25 gram | 22 karat) pada harga RM400 dari rakan saya. Beli dan simpan. Seminggu kemudian beli lagi dan simpan.

Kenapa beli dinar dan bukan gold bar? Sebab masa tu saya tak tahu yang Public Gold dan Public Dinar adalah dari company yang sama. Ha ha ha ha.. (masa tu website separate).

June 2009
————–
Syarikat tempat saya bekerja memberikan bonus (2 bulan), saya alih ketepi sedikit untuk keperluan dan selebihnya membeli 5 Dinar (21.25 gram | 22 karat) pada harga RM2,500. Beli dan simpan.

Antara emas yang awal dibeli.. No siri cantik
Antara emas yang awal dibeli.. No siri cantik

December 2009
————————
Harga emas melonjak tinggi dan harga emas yang saya beli pada bulan April & June lepas mencatatkan kenaikan harga tinggi. Harga 5 Dinar dah mencecah RM3,000! Saya “ter-beritahu” girlfriend (sekarang dah jadi wife – Myzarafini Abdullah).

First reaction dia marah, sebab takut saya tertipu beli emas. Apabila saya explain apa itu Public Gold & kenapa saya beli emas.. Dia marah lagi..

Kali ni marah sebab kenapa tak ajak dia sekali..

10 January 2010
———————-
Saya membuat keputusan untuk membeli lebih banyak emas untuk dibuat simpanan dan pelaburan. Alang-alang menyeluk perkasam, saya call HQ Public Gold di Penang.. Bagitau nak jadi dealer, beli satu set emas Public Gold. Saya deal dengan Miss Denise Tang.

Set emas inilah yang melayakkan saya bergelar Dealer Public Gold pada 10 January 2010. Total sekitar RM33k +
Set emas inilah yang melayakkan saya bergelar Dealer Public Gold pada 10 January 2010. Total sekitar RM33k +

Ambik flight dari Kuching ke Penang, singgah ke Branch Bukit Jambul. Ambik emas bernilai lebih dari RM30,000.. Di situlah kali pertama saya berjumpa dengan Dato’ Louis Ng. Terkejut besar dia apabila dapat tahu saya datang dari Kuching, Sarawak.. Jauh tu….

“I hope that you do well in Sarawak. Very big market over there!”

My first meet with Public Gold Chairman, Dato' Wira Louis Ng
My first meet with Public Gold Chairman, Dato’ Wira Louis Ng

Sebelum terbang, saya sempat buat blogspot kongsi info tentang emas. Sampai sekarang blog ni wujud lagi. Nama blog tu www.jutawanmudagold.blogspot.com dan artikel pertama yang saya tulis tajuknya: “Dah start simpan emas kah belum?” pada jam 1:03 pagi tarikh 8 January 2010.

11 January 2010
———————-
Emas sold out. Baru hari pertama sampai di Kuching dah sold out dikerjakan oleh my fiance (sekarang dah jd wife) & friends..

Beli lagi.. dan beli lagi.. dan beli lagi… At the end of the month, dapat komisyen.. Perasaaan happy. Sebab dapat simpan emas malah dalam masa yang sama dapat jana pendapatan sampingan.

Since masa tu branch di Sarawak tak ada lagi, so every week fly ke KL semata-mata untuk collect emas untuk customer. Big thank you untuk ayah mertua, Hj Abdullah Jamilsebab banyak bantu tentang stock collection pada masa tu. Kebetulan beliau kerja di KL, so ada kurang sikit ongkos saya nak ulang alik..

February 2010
——————-
Beli another 100 gram emas untuk buat persediaan kahwin menjelang December 2010. Beli pada harga RM12,283 dan simpan..

Picture2

22 March 2010
—————-
Mendaki Gunung Kinabalu bersama 10 rakan sekerja yang lain. On the way ke puncak kaki cramp both leg. Hampir putus asa, ditinggalkan di belakang untuk elak slow down pace rakan-rakan lain. Ketika inilah ditarbiah erti kesabaran..

Masa naik slow-slow ke Laban Rata, terserempak dengan group potter, jumpa makcik umur sekitar 50-an bawak banyak muatan di belakang. Masa tu saya tengah relax sekejap sambil urut-urut betis. Makcik tu senyum sambil kata.. “Ingat nak, matlamat kamu ke puncak bukan ke Laban Rata, lambat tak apa asal sampai..”

Semangat datang balik, perjalanan sepatutnya 4 jam dah jadi 6 jam akhirnya sampai ke Laban Rata. Bertembung dengan Mohd. Noor Amin (pendaki Gunung Kinabalu) <- tiap hari turun naik. Masa jumpa dengan dia, dah kali ke-80 turun naik. Mak aii.. Terinspirasi lagi..

13165828_10155232463949572_422727038857083600_n
Inilah pendaki solo negara yang hebat.. Namanya Mohd Nor Amin.. Inspirasi buat saya sebab dia hari-hari daki naik gunung kinabalu. tak komplen letih pun.. Saya baru sekali naik dah krem dua kaki terus nak putus asa..

Masa sampai tempat tido, guide advise saya tangguhkan niat naik ke puncak.. Saya tolak nasihat, bagitau saya dapat recover sebelum naik jam 2:00 pagi.. Kalau tak mampu, saya akan tarik diri. Jam 8:00 malam dah tido..

Pukul 1:30 pagi, ada member call.. Nama dia Mohd Khairuddin, sama tempat kerja.. Berkeras nak beli 100 gram pada waktu tu jugak. Mentang-mentang PG boleh lock anytime. Tapi saya tak angkat call sebab tdo mati.. Dia call kawan yang lain kali ini Ryzy Gtp.. Dia kejutkan saya.. Layan je lah, lock pakai sms ke nombor Public Gold.

Tanpa disangka saya mencatat rekod lock harga emas pada ketinggian tertinggi iaitu 3,272 meter dari paras laut. Takpe, tido dulu. Esok ada mission penting..

Jam 2:30 pagi, saya berazam nak teruskan dan tamatkan misi dengan jayanya. Slow-slow ikut pace sendiri akhirnya jam 6:45 pagi berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu. Happy!

Tiba di puncak Gunung Kinabalu.. Best wo! Dapat lock emas 100 gram kat atas puncak Gunung Kinabalu..
Tiba di puncak Gunung Kinabalu.. Best wo! Dapat lock emas 100 gram kat atas puncak Gunung Kinabalu..

April 2010
—————-
Denise Tang call, bagitau saya dah jadi Master Dealer. Alhamdulillah! Walaupun tak tau apa benefit tapi terima je lah..

Saya beli domain baru dan buka website www.publicgoldsarawak.com .. Trafik di website makin tinggi..

Di interview Harian Metro bagi artikel suratkhabar. Di sinilah title 'Raja Emas Borneo' di berikan oleh wartawan Rudy
Di interview Harian Metro bagi artikel suratkhabar. Di sinilah title ‘Raja Emas Borneo’ di berikan oleh wartawan Rudy

13139363_10155232464809572_6978513660479743257_n

Suasana Seminar Emas Public Gold di Brunei Darussalam. Sentiasa penuh dengan audiens..
Suasana Seminar Emas Public Gold di Brunei Darussalam. Sentiasa penuh dengan audiens..

December 2010
==============
Hari perkahwinan bakal dilangsungkan pada 18 December 2010. Terfikir idea hebat nak try call Dato’ Wira Louis Ng untuk pinjam set Diana Series untuk hari perkahwinan.. Suprisingly Dato’ setuju! Tapi dengan syarat, kos penerbangan staff dan accommodation saya tanggung. No problem! Kebetulan Myzarafini Abdullah dah jadi Master Dealer jugak.

Maka ternobatlah, pasangan pengantin Master Dealer pertama yang ditaja barang kemas oleh Public Gold adalah kami berdua. Alhamdulillah!

18 December 2010 – Sebelum melangkah keluar dari rumah bukak website Public Gold, nak make sure harga terkini emas 100 gram.. Wow! Dah meningkat jadi RM15,000.. Naik sebanyak RM3,000 selama 10 bulan.. Senyum dalam kereta sorang-sorang. Gila ke ape.. Akhirnya sah menjadi suami kepada Myzarafini Abdullah..

Hantaran dalam bentuk jongkong emas 100 gram.. Sampai sekarang masih ada dalam simpanan..
Hantaran dalam bentuk jongkong emas 100 gram.. Sampai sekarang masih ada dalam simpanan..

Tapi sedih sebab semua berebut-rebut nak ambik gamba dengan dia sebab Public Gold bagi set bangle emas yang besar-besar dan cantik-cantik.. Takpe, rezeki isteri..

19 December 2010 – Majlis perkahwinan di Dewan Suarah, Kuching.. Meriah.. tak sangka invite 1,000 tapi 1,200 datang.. Biasa orang yang hadir kurang dari jumlah kad yang diedarkan. Kali ini wife pakai full set Diana Series.. mak aii cantik! Macam biasa, En Hafizul tolong tepi sikit… He he he..

D-day
D-day
Isteri saya mengenakan rantai emas 'Diana Danielle Series' pada ketika itu berharga RM60,000
Isteri saya mengenakan rantai emas ‘Diana Danielle Series’ pada ketika itu berharga RM60,000
Diana Danielle menggayakan rantai keluaran Public Gold satu ketika dahulu
Diana Danielle menggayakan rantai keluaran Public Gold satu ketika dahulu

After that.. Boom sales sebab dah ramai tahu tentang Public Gold.

13 April 2011
============

Akhirnya Public Gold buka cawangan di Kuching, Jalan Satok.. Yang pertama di Borneo. Terima kasih buat Khaaliq Ahmad sebab tolong carikan..

Public Gold Kuching Branch di Jalan Satok
Public Gold Kuching Branch di Jalan Satok

Tahun 2011 – Tahun 2015
=====================
Seorang demi seorang jadi Dealer, rakan pertama jadi Master Dealer adalah Mohamad Fazli.. Pastu di Sabah ada Adzlan Yusuf, di Brunei ada Maslena Junaidi, di Kuching adaMyzarafini Abdullah, Haryati Mohd Sarkawi, Ahmad Hadinata Fauzi dan di semenanjung ada Yanie Suria, Faaizah Shahbodin S dan ramai lagi..

Dealer paling jauh sekarang ada kat US iaitu Puan Latifah Mahmud dan di UK iaitu Maya Restyla Mohammad DahlanDonald..

Kesemuanya ada 17 orang Master Dealer di bawah rangkaian PGS.

Oh ya.. Jangan lupa like fb page saya: Public Gold Sarawak

Sales Incentive Trip I – Perth, Australia (2011/2012)
————————————————————————–
Mencapai sales target sebanyak RM2 juta. Layak ke Perth.. Syok makan lobster dan melawat Perth Mint, Australia.

13138780_10155232467319572_5139364079273525034_n
Melahap lobster, isi sangat tebal

13151670_10155232466534572_7338049154657402184_n

Sales Incentive Trip II – Cape Town, South Africa (2012/2013)
—————————————————————————————
Capai target lagi, kali ini ke Africa. Berdua dengan isteri. Seronok giler dapat tengok Ostrich dan tengok live World Cup Qualifying match.. Bawak sekali Dr Rahimah Puteh & suami, Azizah Hassan & daughter, Harrison Chiang, Mohd Afandi Hj Isa, Syarifah Idayu Azmi

Cape Town – One of the most beautiful city I ever go
Watching Bafana Bafana vs Central African Republic.. World class football game, world class supporters.. Dream come true!
Watching Bafana Bafana vs Central African Republic.. World class football game, world class supporters.. Dream come true!

13118862_10155232467719572_5444171164438883727_n

579496_10151888475539572_877376367_n

Sales Incentive Trip III – Tokyo, Japan (2013/2014)
=========================================
Kali ini berjaya bawa sekali 2 Master Dealer saya iaitu Haryati Mohd Sarkawi & Adzlan Yusuf.. Best naik Shinsuken & ambik gambar latarbelakang Mount Fuji..

1146623_642670915743046_709444434_n
Senarai Dealer yang layak ke Tokyo, Japan
Background tu mahal
Background tu mahal

Makan sushi ikan paus.. Ko ader? Haha

Sales Incentive Trip IV – Switzerland (2014/2015)
========================================
Tak layak sebab tak achieve and slow sikit. My own fault..

Sales Incentive Trip V – Istanbul, Turkey (2015/2016)
===========================================
Back on track, re-organize strategy marketing and customer approach. Baru balik dari Turkey Sabtu lepas.. Pengalaman best sebab dapat naik hot air balloon di Cappadocia & jumpa sendiri dengan billionair muslim merangkap owner Nadir Metal iaitu Mr Nadir Tutuncu. Terinspirasi, daripada cerita anak beliau yang juga Sales Manager NMR, Abdullah Tutuncu bahawa Nadir start bukak kedai emas kecil je di Grand Bazaar. Tapi selalu tolong orang bila mereka perlukan bantuan. Allah SWT janji siapa bantu tunai hak, sedekah maka Allah akan gandakan 10 kali.

13182988_10155231335404572_1288300254_n
Jom naik Hot Air Balloon Cappadocia
13180982_10155231335329572_1630453301_n
Me and my Dinar
13183137_10155231335214572_1874377029_n
My fav photo: “Ku jentik satu persatu ke langit!”

Sales Incentive Trip VI – Spain
=========================
Dato’ Wira Louis Ng offer kat saya personally, kalau layak dia akan atur SIP tengok perlawanan el-classico antara Real Madrid dan Barcelona. Terkesima!

Mak aii tak terfikir nak tengok Ronaldo and Messi depan mata
Mak aii tak terfikir nak tengok Ronaldo and Messi depan mata

Offer ini mencabar diri saya sebab semuanya di tangan saya sendiri. Nak ke tak nak? Insya Allah kali ini nak bawa isteri sekali Myzarafini Abdullah. Dan Alhamdulillah saya berjaya melakukannya.

=========================================

Apa yang saya kongsikan adalah usia muda bukan halangan nak maju, jauh dari EnSyukor Hashim pun bukan halangan, branch sikit yes memang ada effect sebab stock lagging tapi still boleh maju macam raja rimba MrFirman Mansur, Ahmad Idham Khairil,Cikgu Abdullah mereka semua jadi Master Dealer masa kat hutan! Internet takde!

Diharap perkongsian ini dapat memberi inspirasi buat semua. Nak berjaya, kitalah yang sebenarnya decide.. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. Berapa banyak kita silap, di situlah tapak kukuh betapa kuat kita akan jadi jika kita berubah.

Saya ditemuramah oleh RTM Sarawak untuk sesi perkongsian pemikiran orang muda. Tajuk sesi temuramah ini "Orang muda dengan simpanan Emas".
Saya ditemuramah oleh RTM Sarawak untuk sesi perkongsian pemikiran orang muda.
Tajuk sesi temuramah ini “Orang muda dengan simpanan Emas”.

Kita kena relevan sepanjang masa. Tak boleh statik buat benda sama sebab nanti cepat bosan. Kena cari kelainan, setiap individu ada WOW effect. Kena cari sendiri dan bincang dengan introducer.. Hehe..

Public Gold adalah platform terbaik untuk menyimpan emas fizikal dan peluang perniagaan yang dinamik serta effisien. Saya mula sejak umur 26 tahun, sekarang dah 33 tahun. Masih panjang lagi perjalanan..

Ketika di puncak kita memang mudah alpa termasuk diri saya. Mujur kena pada usia muda, sebab Allah nak tarbiah diri. Kena selalu down to earth, banyakkan sedekah baru rezeki masuk..

Kejayaan takkan datang bergolek atau sekali buat terus dapat.. Usaha dan terus usaha.. insya Allah berjaya..

Saya doakan agar kesemua yang mengenali saya agar kaya dunia dan akhirat. Maaf jika andai ada tersilap kata atau terlebih gurauan. Itu kelemahan saya.

“Life itself is full of surprises..”

Hafizul Hakim
Master Dealer Public Gold
PG000839
HP: 019-8884452
Website: www.publicgoldsarawak.com