8 kriteria utama memilih emas untuk simpanan

Sebelum mulakan pembelian emas, pastikan awak ada checklist ini. Jangan sesekali beli emas tanpa tujuan dan matlamat. Saya gariskan seperti dibawah:

  • Apa tujuan simpan emas? – Untuk simpanan kecemasan, tabung pergi haji, tabung deposit rumah
  • Berapa gram untuk capai tujuan? – 100 gram, 40 gram, 50 gram emas?
  • Berapa lama nak capai sasaran? – 12 bulan, 24 bulan, 36 bulan?

Sebagai panduan, saya gariskan 10 perkara berdasarkan pengalaman 8 tahun saya dalam bidang emas:

8 KRITERIA DALAM MEMILIH EMAS TERBAIK

Kriteria paling utama saya nak senaraikan terlebih dahulu, Public Gold telah disahkan patuh syariah oleh panel syariah Amanie Advisors – panel syariah yang sama untuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Commission, World Gold Council. Dengan ini, segala transaksi jual beli emas Public Gold adalah berpandukan syariah.


i) Harga Per Gram Emas

  1. Ini adalah paling basic. Harga mesti sentiasa boleh dilihat dgn telus.
  2. Harga emas Public Gold boleh dirujuk di http://www.publicgold.com.my
  3. Anda lihat harga emas goldbar dan dinar emas yang dikemaskini setiap 20 minit. (harga emas dunia sebenarnya berubah setiap saat!)
  4. Untuk harga GAP pula, dikemaskini setiap jam 12:00 malam.
  5. Kalau nak beli emas, anda rujuk harga PG SELL.
  6. Satu hari nanti nak jual emas, rujuk harga PG BUY.
  7. TIPS: Makin berat emas anda beli, makin murah harga per gram. Cuba tekan kalkulator.

ii) Spread yang Rendah

  1. Maksud spread: Perbezaan antara harga kita beli dan jual semula. Ala, macam kita beli matawang asing, ada harga beli dan jualan semula.
  2. Makin rendah spreadnya, makin cepat dan besar untung kepada pembeli.
  3. Sebagai contoh, spread emas Public Gold hanya dari 6% – 9%, manakala harga spread barang kemas di kedai emas biasa adalah dari 15 hingga 30%.

iii) Stok tiada had

  1. Emas ni pelik, makin harga turun makin ramai pembeli.
  2. Ada syarikat, time harga emas turun dan kita nak beli, tiba-tiba inform je stok tak ada.
  3. Dengan Public Gold, anda boleh beli emas tanpa had! Nak beli 1 kilogram emas setiap minggu pun boleh.

iv) Tiada GST

  1. Selepas GST di kuatkuasa pada April 2015, apa sahaja emas yang di import untuk tujuan industri kecuali bagi tujuan pelaburan, akan dikenakan GST 6%. Ini termasuklah emas perhiasan di kedai emas.
  2. Hanya emas yang di iktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA)

 

v) Diterima gadaian Ar-Rahnu

  1. Tak semua brand emas gold bar di terima untuk gadaian Ar-Rahnu.
  2. Hanya brand emas yang established saja diterima.
  3. Public Gold diterima hampir disemua institusi gadaian ArRahnu.
  4. Tips: Ini menjawab persoalan sama ada Public Gold ni disahkan oleh Bank Negara Malaysia atau tidak kerana semua institusi Ar-Rahnu dibawah seliaan Bank Negara Malaysia. Mana boleh buat suka hati! 😉

vi) Senang nak jual semula

  1. Kalau nak beli emas Public Gold, jual kat mana? Boleh jual di kedai emas tak?
  2. Boleh jual di kedai emas, cuma awak perlu ingat – sedangkan emas mereka sendiri tolak lebih dari 20% dari harga semasa.
  3. So, cara paling bijak, anda jual semula sama ada dengan dealer Public Gold atau cawangan Public Gold berhampiran. Harga rujuk PG BUY di website Public Gold.

vii) Jaminan Belian Semula

  1. Ada penjual brand emas ‘X’ tak terima semula emas yang dia jual. Alasannya tak cukup duit. Dia tahu menjual aje.
  2. Dengan Public Gold, awak boleh jual seberapa banyak emas yang anda beli. Dalam tempoh 24 jam, duit akan ditransfer ke akaun anda.
  3. Oh ya, anda juga boleh menjual semula atau trade in emas brand lain dalam bentuk gold bar Public Gold. Rate tinggi tau!

viii) Sistem Database Oracle bertaraf world-class

  1. Public Gold menggunakan database Oracle bertaraf dunia. Setiap rekod transaksi, security akaun GAP anda pada tahap tertinggi dan selamat.
  2. Dengan Public Gold, anda disediakan akaun GAP yang beroperasi 24 jam, sama ada mahu jual atau beli.
  3. Setiap pelanggan berdaftar mempunyai rekod invois belian yang boleh dirujuk semula secara online di dalam akaun masing-masing.

Hanya Public Gold sahaja di Malaysia ini yang mempunya ciri-ciri di atas. Jadi, bukalah hati, bukalah minda jika mahu menjadi penyimpan emas yang bijak.

POS Arrahnu Malaysia menjalinkan kerjasama strategik bernilai puluhan juta ringgit dengan Public Gold. Semua cawangan POS Arrahnu di Malaysia menerima produk Public Gold tanpa perlu membuka seal.

Diharap agar artikel ini membantu anda lebih faham tentang kelebihan membeli emas dengan Public Gold. Saya ucapkan selamat maju jaya dan teruskan niat anda untuk menyimpan emas.

 

Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta

  • Million Dollar Dealer Award 2016
  • HP: 019-888 4452
  • #hafizulhakim
Facebook Comments
Hafizul Hakim

About Hafizul Hakim

Saya aktif berkongsi dengan anak muda tentang pelaburan emas, pengurusan kewangan dan motivasi kehidupan di Facebook pada setiap hari. Boleh follow saya di https://www.facebook.com/hafizul.hakim.90
Hafizul Hakim

Hafizul Hakim

Saya aktif berkongsi dengan anak muda tentang pelaburan emas, pengurusan kewangan dan motivasi kehidupan di Facebook pada setiap hari. Boleh follow saya di https://www.facebook.com/hafizul.hakim.90

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *