Wang! Wang! Wang@ – Punca pertengkaran suami isteri masa kini..

Tahukah anda, apakah punca biasa pertengkaran dan perceraian suami isteri?

Jawapannya tentulah soal ‘Wang! Wang! Wang!”. Hal ini rentetan daripada rumahtangga yang tidak tenteram. Terdapat juga ibubapa yang tidak mempunyai ilmu kewangan yang tinggi untuk mendidik anak-anak.

Ramai orang muda anggap ilmu kewangan tidak penting malahan mengatakan itu semua ‘duniawi’. Walhal ini perkara paling penting untuk difikirkan oleh ketua keluarga.
Masalah utama kepada faktor perceraian akibat tidak mampu dari segi kewangan ialah komunikasi dua hala. Setiap masalah ada jalan penyelesaian, pokok pangkalnya sedia atau tidak untuk berbincang?

Ibu bapa yang kurang yakin pada Financial Intelligent (FQ) diri sendiri boleh meminta individu pakar untuk mendidik anak-anak mereka.

Walaubagaimanapun, ibu bapa hendaklah menjadi teladan yang baik kepada anak-anak kerana ibubapa ialah cermin kepada anak-anak.

Sebagai ibu bapa, banyak unnecessary spending menjadi punca kewangan tidak sihat antaranya:

  • Subscribe rancangan berbayar (keliru antara kehendak dan keperluan – tak tengok kemampuan sendiri)
  • Talian broadband yang tidak reflek kepada penggunaan sebenar.
  • Membeli kereta yang luar kemampuan sebenar.
  • Membuat personal loan untuk kahwin (hutang tempoh jangka masa lama)
  • Tidak mahu atau malu untuk memulakan pendapatan sampingan.
  • Tidak mahu membaca/hadir ke seminar berbentuk kewangan.
  • Malu mengakui diri sendiri ada masalah kewangan.

Semoga artikel ringkas ini membuka minda pasangan muda mudi untuk lebih terbuka berbincang sama sendiri untuk mengetahui status kewangan masing-masing. Jangan di sorok atau buat-buat tak tahu.

Kehendak vs Keperluan

Misalnya subscribe rancangan berbayar berjumlah RM180 sebulan.  Dalam setahun sebenarnya boleh jimat sehingga RM2,160!

Kalau setakat nak tonton cerita ‘Hero Cinderella’ sebenarnya boleh tengok kat handphone secara streaming di Facebook (pasti ada orang sharing). Jimat RM2,160 setahun bro! Kalau 5 tahun dah ada saving RM10,000!

Well again, berbalik kepada kemampuan FQ sesama pasangan… Bincang!

Wallah Wallam

Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta

 

Facebook Comments
Hafizul Hakim

About Hafizul Hakim

Saya aktif berkongsi dengan anak muda tentang pelaburan emas, pengurusan kewangan dan motivasi kehidupan di Facebook pada setiap hari. Boleh follow saya di https://www.facebook.com/hafizul.hakim.90
Hafizul Hakim

Hafizul Hakim

Saya aktif berkongsi dengan anak muda tentang pelaburan emas, pengurusan kewangan dan motivasi kehidupan di Facebook pada setiap hari. Boleh follow saya di https://www.facebook.com/hafizul.hakim.90

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *