Beli Emas Public Gold Secara Bayaran Ansuran (Syariah Easy Payment)

Ada 2 cara pembelian emas Public Gold, antaranya adalah:

  1. Cash and carry. Kita bayar tunai secara lamsam dan terus dapat emas.
  2. Easy Payment Purchase – Kita bayar secara ansuran, settle payment baru dapat emas.

Perkara penting perlu diketahui sebelum membeli secara ansuran adalah:

  • Item minima untuk pembelian secara ansuran adalah 1 Dinar (4.25gram | Purity 999.9)
  • Tempoh minima tempoh ansuran adalah 4 bulan.
  • Bagi jumlah item yang lebih dari 250 gram boleh request bayar ansuran tempoh 10 bulan.
  • Anda boleh membeli beberapa item, dikumpul dalam satu invoice dan semua dibayar secara ansuran. Settle pembayaran baru dapat kesemua emas yang di order.
  • Katakan anda hendak settlekan ansuran lebih awal (misalnya 2 bulan), boleh tiada masalah.
  • Admin fee berjumlah 0.5% dikenakan utk setiap kali pembelian secara ansuran. (seperti contoh pembelian 1 dinar saya, admin fee adalah RM5).
  • Adakah cara ini patuh syariah? Ya, cara pembelian ini telah disahkan patuh syariah oleh panel syariah Amanie Advisors. (rujuk gambar)
    • Hujahnya, duit yang dibayarkan dianggap sebagai security deposit. 
    • Jika berlaku cancellation order, duit pembeli masih boleh direfund (selepas penolakan penalti).
    • Jika bayaran penuh telah dilakukan, serahan emas ketika pembeli mengambil emas dari cawangan Public Gold itulah baru sesi akad jual beli berlangsung. Wallah wallam.

Berikut adalah contoh yang saya buat semalam iaitu pembelian 1 Dinar secara ansuran. Jadual pembayaran adalah seperti berikut.

Saya lock price pada 16/5/2017, maka setiap 16hb adalah due date utk saya membuat pembayaran.

Harga emas sewaktu di lock adalah RM795 + RM10 (premium caj) + RM5 (admin fee).

Setiap kali pembayaran, saya akan forward resit pembayaran m2u beserta nombor CSO (rujukan pembelian) kepada staff cawangan Public Gold. (melalui email atau whatsapp).

Apabila selesai tempoh pembayaran 4 bulan, saya akan call branch untuk inform bila nak collect emas tersebut dari cawangan Public Gold.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Terima kasih.

Cara pantas utk membeli emas secara ansuran boleh klik link ini: Hafizul Hakim

 

  • Artikel ini ditulis pada 17 May 2017 pada jam 3:32 pagi.
  • Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta
  • Double Star Master Dealer of Public Gold (PG000839)
  • HP: 019-8884452
Facebook Comments
Hafizul Hakim

About Hafizul Hakim

Saya aktif berkongsi dengan anak muda tentang pelaburan emas, pengurusan kewangan dan motivasi kehidupan di Facebook pada setiap hari. Boleh follow saya di https://www.facebook.com/hafizul.hakim.90
Hafizul Hakim

Hafizul Hakim

Saya aktif berkongsi dengan anak muda tentang pelaburan emas, pengurusan kewangan dan motivasi kehidupan di Facebook pada setiap hari. Boleh follow saya di https://www.facebook.com/hafizul.hakim.90

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *