Real Madrid | Apabila Cristiano Ronaldo & Gareth Bale di depan mata…

MATCHDAY: REAL MADRID VS ATLETICO MADRID

As promised, admin nak kongsi pengalaman suasana hari perlawanan derby match minggu lepas antara pasukan bimbingan Zinedine Zidane vs Diego Simone. 40 minit sebelum perlawanan mula kami masih di kedai makan (jarak dlm 10 minit guna bas). Hehehe..
Seperti pengalaman b4 ni masa tengok bola kt Cape Town masa World Cup Qualifying 2012, tak perlu risau sebab seat takkan org ambik.
Kita akan duduk di nombor yang telah ditetapkan mcm tengok wayang. Kalau ade orang duduk tempat kite, boleh inform steward utk tolong settlekan.

Harga tiket kami €205 (dlm RM1,000 – saya dpt free, Public Gold bagi hadiah). Kalau anda nak beli tiket perlawnaan Real Madrid boleh pergi link ni: http://www.realmadrid.com/en/tickets

Tiket perlawanan dihantar melalui email

Tiket tak dicetak (printed). Picture tiket dihantar melalui email cuma nak scan kat QR code je utk masuk. Seat kami di gate 44, row 11 dan seat number 37 & 38. Tiket printed dlm bahasa Spanish tapi takpe, steward stadium is very helpful. Nanti mereka akan tolong guide kita ke tempat duduk.

Security very tight mcm nak masuk aeroplane, beg digeledah & badan discan via body scanning device. Nak check kita ada bawak benda dilarang tak.

Lepas dari pemeriksaan sekuriti.. Legaa

Cuma hati-hati dengan sindiket pickpocket. One of our member hampir dirompak.. Sindiket bergerak dlm 3 orang.. Sorang akan action tanya jam pukul berapa, pastu sorang tepuk betis kaki kiri, sorang lagi akan seluk poket bawak lari wallet.. Mujur tangan dia cepat tangkap wallet semula.

Tips: Pakai jaket yang ada poket berzip kat dalam.. Jangan bawak banyak sangat benda di tangan. Kalau boleh jangan pegang apa-apa. Mudah jadi sasaran..

Tak sangka plak dapat betul-betul tepi padang. Zinedine Zidane cuma 12 langkah dari saya. Berdebar rasa jantung tengok legend depan mata. Tak citer lagi tengok dazzling run by Cristiano Ronaldo & Gareth Bale (refer video). 😂

Starting line up both team

The rest tengok gambar dan caption.

Nak pergi ke seat, mesti melalui gate yang telah ditetapkan. Entrance gate kami no 44. Kalau masuk pintu lain, takkan dapat access – kena blok.
Dapat seat bersebelahan VVIP.. Selfie jap before pergi seat..
Ultra Sur yang menempatkan Ultras Real Madrid telah ditubuhkan sejak tahun 1980.
Penyokong away team ditempatkan di blok paling atas di bahagian tepi sekali. Less than 100 orang..
Kiri sekali: Zinadine Zidane Kanan sekali: Diego Simone
nampak Gareth Bale kat depan?

 

The only person pakai baju Atletico Madrid, mamat kat depan..

 

Fulltime: Real Madrid 1-1 Atletico Madrid
Tempat duduk kami melalui VIP room yang dihias ala-ala first class kapal terbang Emirates.. No picture allowed..



 

 

Man of the match: Antonio Griezmann .. Mungkin berpindah ke Manchester United musim depan?

 

 

Alhamdulillah.. Pengalaman paling best dapat tengok Galaticos bermain di depan mata…

Nota: Chief Admin merupakan Pengedar Rasmi Syarikat Emas Public Gold (pejabat terletak di atas Guardian, di Jalan Satok). Jika ingin tahu lebih lanjut tentang cara serta panduan sebenar menyimpan emas dengan betul mengikut peraturan Bank Negara Malaysia serta disahkan patuh syariah – boleh layari www.publicgoldsarawak.com. (Penaja rasmi Shoot Sampei Bisak)

Facebook Comments
Hafizul Hakim

About Hafizul Hakim

Saya aktif berkongsi dengan anak muda tentang pelaburan emas, pengurusan kewangan dan motivasi kehidupan di Facebook pada setiap hari. Boleh follow saya di https://www.facebook.com/hafizul.hakim.90
Hafizul Hakim

Hafizul Hakim

Saya aktif berkongsi dengan anak muda tentang pelaburan emas, pengurusan kewangan dan motivasi kehidupan di Facebook pada setiap hari. Boleh follow saya di https://www.facebook.com/hafizul.hakim.90

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *