Tahniah! Selamat datang ke simpanan dan pelaburan Emas Public Gold!

Tahniah kerana telah mengambil langkah pertama memulakan simpanan emas, dan terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya (serta dealership dealer-dealer di bawah bimbingan saya). Sebagai menghargai kepercayaan anda, saya nak hadiahkan beberapa ebook dan bahan rujukan penting dalam pelaburan emas khas dari saya. Antaranya;

  1. eBook – Panduan Lengkap Akaun Emas GAP
  2. eBook – Panduan Menyimpan Emas 2017

—- > Sila klik dua link di atas.

Kunci Keuntungan Maksimum

Memang betul, pada pemerhatian saya, orang yang melabur dalam emas tanpa ilmu akan sentiasa susah hati. Bila harga emas turun, dia susah hati, bahkan bila harga emas naik pun dia turut sama susah hati. Faktor utamanya ialah, dia tak tahu apa yang dia buat dan hanya mengharapkan “bulan jatuh ke riba” sahaja.

Dalam apa juga pelaburan sekalipun, paling penting ialah ilmu. Kalau hanya mengharapkan nasib, itu bukanlah pelaburan sebenar, sebaliknya itu hanyalah satu perjudian. Tetapi bila kita ada ilmu, kita boleh mengulangi kejayaan itu lagi dan lagi. Kejayaan itu akan dapat kita kecapi banyak kali.

Sebab itulah berbezanya orang yang melabur emas dengan ilmu.

Bila harga emas naik, dia “happy”, bila harga emas turun, dia lebih “happy”.

Kenapa jadi begitu? Sebabnya, dia tahu apa yang dia buat. Bila harga emas naik, dia “happy” nilai kekayaannya meningkat. Bila harga turun, dia “happy” sebab dia berpeluang membeli aset yang mahal (i.e. emas) dengan harga lebih murah! Pendek kata, dia sentiasa senyum walauapapun keadaan harga emas, insyaAllah…

5 Tips Jana Keuntungan

Jadi saya sarankan, lepas pembelian pertama ini, fokus tambahkan ilmu tentang emas dari semasa ke semasa. Untuk dapatkan ilmu dan menjana keuntungan maksimum dalam pelaburan emas, saya cadangkan anda buat 5 perkara di bawah:

#1 – eBook 5 Minit Review Tentang Emas


Ini ebook paling ringkas untuk faham asas pelaburan emas dengan cara paling pantas. Ruangkan masa 5 minit untuk khatamkan ebook ini kerana ia terbukti mencelikkan lebih 2,000 penyimpan emas yang “happy” dengan pelaburan mereka.

—- > Untuk download percuma, KLIK DI SINI

#2 – Buku Asas Pelaburan Emas

buku pelaburan emas syukor hashimIni “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” adalah buku paling lengkap dan paling praktikal untuk faham pelaburan emas cara lebih mendalam. Ia ditulis oleh guru pelaburan emas saya iaitu En. Syukor Hashim. Saya boleh katakan, beliau adalah guru pelaburan emas no. 1 di Malaysia kerana aktif mendidik masyarakat tentang emas sejak 2008 lagi, iaitu SEBELUM beliau menyertai Public Gold lagi.

Harganya cuma RM50 (Postage RM10). Ia sangat murah berbanding ilmu yang anda bakal dapat daripada buku ini.

—- > Untuk pembelian, hubungi saya melalui whatsapp di 019-888 4452

 

#3 – Hadir Seminar Asas Pelaburan Emas

Image may contain: 7 people

Public Gold aktif mengadakan seminar asas pelaburan emas sejak 2008 lagi untuk mendidik masyarakat dengan ilmu yang betul. Ia diadakan setiap bulan di hampir setiap negeri di Malaysia (termasuk Brunei). Dan seminar-seminar ini adalah percuma!

Image may contain: 3 people, people standing
Selesai memberikan perkongsian Seminar Kepentingan Menyimpan Emas di Institut Jantung Negara di Kota Samarahan. . Saya bersama pengarah IJN iaitu DR MOHD ASRI BIN RIFFIN

Saya juga salah seorang daripada penceramah rasmi yang dilantik oleh Public Gold untuk menyampaikan seminar ke seluruh Malaysia (termasuk Brunei).

Jadi anda boleh jumpa saya di mana-mana seminar sebagaimana dijadualkan. Untuk rujuk jadual seminar, KLIK DI SINI.

Antara speaker terbaik yang saya boleh syorkan ialah guru emas saya sendiri iaitu En. Syukor Hashim serta rakan bisnes saya iaitu Pn. Azizah Hasan (a.k.a Mama Public Gold) dan En Zulkifli Shafie.

#4 – Follow Facebook “Hafizul Hakim”


Untuk pastikan pelabur dan penyimpan emas sentiasa mendapat informasi terkini tentang emas (dan kewangan), saya sentiasa berikan tips terkini melalui Facebook saya Mohd Zulkifli Shafie.

Facebook Peribadi – www.fb.com/hafizulhakim

Facebook Page – www.fb.com/hafizulhakim

Tetapi saya mohon maaf, quota “Friends” saya hampir penuh. Jadi saya nasihatkan anda klik butang “Follow” dan “See First” supaya anda tak terlepas informasi terkini daripada saya, insyaAllah.

—- > Untuk follow Facebook saya, KLIK DI SINI

#5 – Bina Komuniti Emas Sendiri

Untuk dapat harga tertinggi bila jual emas nanti, saya boleh katakan tempat terbaik menjual emas ialah kepada kenalan sendiri sebab anda boleh “negotiate” harga lebih baik berbanding menjualnya kepada Public Gold atau dealer Public Gold.

Dan kenalan anda itu juga mestilah penyimpan atau pelabur emas seperti anda! Mereka menyimpan emas dan mereka juga faham tentang pelaburan emas. Bila nak jual emas nanti, anda boleh “offer” sahaja kepada mereka sebelum anda menjualnya kepada Public Gold.

Jadi jangan simpan ilmu emas seorang sendiri, sebaliknya sebarkan ilmu itu kepada kenalan anda terutamanya ahli keluarga dan kenalan-kenalan rapat. Anda boleh cadangkan mereka baca blog www.publicgoldsarawak.com dan jemput mereka untuk turut hadir mana-mana seminar emas bersama anda.

Kalau anda nak sarankan mereka membaca artikel di blog saya, saya rasa artikel bertajuk “Kelebihan Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan” antara yang terbaik dapat membuka ramai orang supaya turut menyimpan emas. Artikel itu saya menjelaskan bagaimana tabiat menyimpan emas hanya “1 gram 1 bulan” akan memberi impak yang besar kepada kewangan kita, insyaAllah.

Lebih besar “komuniti emas” yang anda bina, lebih besarlah peluang anda menjualnya dengan harga yang lebih tinggi. InsyaAllah.

Cara Hubungi Saya

Itulah 5 tips penting jana keuntungan dalam pelaburan emas. Kalau ada apa-apa persoalan tentang emas, anda boleh contact saya melalui Whatsapp +6019-8884452 pada bila-bila masa.

Dan paling penting, kalau anda jumpa saya dalam mana-mana seminar Public Gold, jangan lupa ‘tegur’ saya. Perkenalkan diri dan bagi tahu anda ialah “pembeli emas di bawah saya”. Saya sangat gembira untuk berkenalan dengan anda. ☺

Akhir sekali, saya doakan Allah berkati kita semua, dan memberikan kejayaan dalam apa juga usaha baik yang kita lakukan. Selamat maju jaya!

 

  • Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta
  • HP: 019-888 4452
  • Double Star Master Dealer Public Gold
  • Introducer Code: PG000839

 

Facebook Comments
Hafizul Hakim

About Hafizul Hakim

Saya aktif berkongsi dengan anak muda tentang pelaburan emas, pengurusan kewangan dan motivasi kehidupan di Facebook pada setiap hari. Boleh follow saya di https://www.facebook.com/hafizul.hakim.90
Hafizul Hakim

Hafizul Hakim

Saya aktif berkongsi dengan anak muda tentang pelaburan emas, pengurusan kewangan dan motivasi kehidupan di Facebook pada setiap hari. Boleh follow saya di https://www.facebook.com/hafizul.hakim.90

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *