Tiket Business Class KCH – KL – Langkawi cuma RM180 sahaja!~ Nak tahu bagaimana saya dapat?

Assalamualaikum,

Seperti dijanjikan melalui facebook saya: Hafizul Hakim, kalau dah cukup 100 like saya akan share bagaimana mendapat tiket penerbangan Business Class dari Kuching – KL – Langkawi hanya pada harga RM180 seorang.

Tiket KCH – KL – Langkawi

 

Bercuti adalah salah satu KPI kami sekeluarga pada setiap tahun. Untuk bawa satu keluarga pergi akan ada masalah terutama melibatkan kos penerbangan. Tapi kalau rancang lebih awal – kos nya akan jadi jauh lebih murah.

 

Proof!~

Seperti yang share sebelum ini menerusi artikel pada 25 December 2016, ramai yang maybe sangsi betul atau tidak. Tapi kami telah membuktikannya dgn mendapat harga yang sangat-sangat menarik.

This little boy always makan and makan anda makan.. Sambil relax tengok boboiboy ūüėČ

Bukan hanya dapat seat biz class tapi siap masuk Golden Lounge, extra luggage 40 kilogram seorang. Kalau gi langkawi memang berbaloi giler sebab borong coklat, perkakas dapur dan etc.

Sementara tunggu flight KL ke Langkawi, rest di Golden Lounge KLia.
Nak tukar pampers baby or minum, makan senang. selesa!~
Antara sebahagian coklat yang diborong.. Murah giler.. (saya yang tak minat coklat pun pandai suka jugak).. hehe

Untuk homestay pula kami tinggal di Homestay Mak Ida yang terletak di Ulu Melaka, Langkawi. Kawasannya betul-betul di tengah-tengah Langkawi, jadi kalau nak ke Kuah atau Pantai Chenang hari-hari pun boleh. Jarak driving sekitar 20 minit sahaja.

Jarak airport Langkawi dengan homestay cuma 8 minit sahaja..

Itinerary percutian 4 hari dan 3 malam di Langkawi

Sangat-sangat penting buat itinerary sebab saya jenis yang tak nak membazir masa. Mesti utilize masa sepenuhnya masa bercuti (yer la, bkn senang nak bercuti sama & kos yg dah dikeluarkan).

Dengan iternary ni kami dapat plan pergerakan perjalanan serta estimate berapa kos yang diperlukan untuk perbelanjaan cuti. Memori bercuti dengan keluarga ni la yang akan kita akan kenang apabila dah tua nanti insya Allah.

(Armand, Altamis, Aaron –¬†One day when three of you read this article make sure bawa daydet and mommy bercuti nanti).. He he

Iternary percutian akan disediakan oleh isteri saya sebelum beli tiket flight. Mesti dapat approval dari saya.

So, untuk dapatkan tips cara dapatkan tiket pada harga murah rujuk artikel ini: Cara Beli Tiket Harga Murah

Seperti sebelum beli emas, mesti rajin carik info dan banyak bertanya .. Macam tu jugak dengan percutian, rajin carik tarikh yang orang tak gi bercuti dan rajin carik satu persatu (mcm wife saya buat).

Tips ke Langkawi akan dishare di posting selepas ini.. stay tune and bookmark my website k..

Nak tahu bagaimana emas fizikal dapat dijadikan sebagai tabung percutian, sila whatsapp saya di 019-888 4452

Promosi menjadi dealer Public Gold bulan Februari 2017. Beli 100 gram emas secara tunai atau ansuran selama 10 bulan.
Facebook Comments
Hafizul Hakim

About Hafizul Hakim

Saya aktif berkongsi dengan anak muda tentang pelaburan emas, pengurusan kewangan dan motivasi kehidupan di Facebook pada setiap hari. Boleh follow saya di https://www.facebook.com/hafizul.hakim.90
Hafizul Hakim

Hafizul Hakim

Saya aktif berkongsi dengan anak muda tentang pelaburan emas, pengurusan kewangan dan motivasi kehidupan di Facebook pada setiap hari. Boleh follow saya di https://www.facebook.com/hafizul.hakim.90

One thought on “Tiket Business Class KCH – KL – Langkawi cuma RM180 sahaja!~ Nak tahu bagaimana saya dapat?

  • August 8, 2017 at 10:11 am
    Permalink

    salam… dayang dr miri
    Emak kita dah dekat 80 thun. teringin nak ke langkawi katanya.
    tapi bila mengenangkan perbelanjaan yang agak extra bagi keluarga kami yang hidup serba kekurangan ini, niat mak terbatal. sebab kalau nak pergi pun dalam 6 orang termasuk anak saya sekali. hm… moga ALLAH bukakan jalan untuk saya penuhi keinginan mak saya……

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *