GAP: Cara Membeli Emas Dengan GAP

Bagi siapa nak beli GAP, ini langkahnya:

Langkah #1 : Bank-in Duit Ke Akaun Public Gold

Bank-in duit ke 5571-3923-8048 (Maybank) atau 3167-52-0833 (Public Bank) atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD”.

gap

Berapa banyak kena bank-in?

Sebelum bank in, semak dulu harga per gram di website Public Gold. Harga GAP disemak sehari sekali. Harga akan berubah selepas jam 12.00 malam. Kalau nak bank-in duit hari ni, kena bayar ikut harga hari ni. Kalau nak bank-in esok, kena bayar ikut harga esok. Jangan bank-in lebih!

harga gap public goldHarga GAP disemak sekali sehari. Harga berubah jam 12.00 malam. Bank-in duit genap-genap mengikut berapa gram yang anda nak beli. Jangan bank-in mengikut harga RM100 tu sebab saya khuatir tak patuh syariah.

Lepas bayar, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my . Kalau anda nak letak saya sebagai introducer, cc kan email tu kepada ibnushafie@gmail.com supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.

Dalam email tu, letakkan maklumat anda supaya Public Gold dapat sahkan pembayaran. Kalau isteri saya nak beli GAP, dia akan emailkan maklumat di bawah bersama dengan slip bayaran:

Aliffa Rafini Bt Abdullah (nama penuh)
850609-52-xxxx (no. ic)
019-8262200 (no. telefon)
myzarafini@gmail.com (email)
RM141 (jumlah pembayaran)

Langkah #2 : Sms atau Whatsapp Maklumat Ke 019-8884452

Lepas tu, hantarkan maklumat melalui sms atau whatsapp ke 019-8884452 (simpan no. telefon ni) untuk Public Gold keluarkan GAP Statement. Ikut format yang saya tunjuk ni.

Picture2
Ikut format whatsapp atau sms ni. Kalau whatsapp, attachkan sekali slip bayaran supaya lebih mudah Public Gold sahkan pembayaran.

Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, boleh letak nama saya atau mana-mana dealer sebagai introducer. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold.

Kalau nak letak nama saya sebagai introducer, kod saya PG000839, Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta.

Langkah #3 : Simpan GAP Statement dan Slip Bayaran

Dalam masa dua (2) hari bekerja, Public Gold akan emailkan penyata GAP ni. Simpan penyata ni baik-baik bersama dengan resit bayaran original untuk rekod.

Picture1
Ini contoh penyata GAP yang PG akan emailkan.

Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Untuk persoalan tentang prosedur tambah lagi simpanan GAP, atau cara nak jual balik GAP tu, boleh baca panduan yang Public Gold sediakan (KLIK DI SINI).

Facebook Comments
Hafizul Hakim

About Hafizul Hakim

Saya aktif berkongsi dengan anak muda tentang pelaburan emas, pengurusan kewangan dan motivasi kehidupan di Facebook pada setiap hari. Boleh follow saya di https://www.facebook.com/hafizul.hakim.90
Hafizul Hakim

Hafizul Hakim

Saya aktif berkongsi dengan anak muda tentang pelaburan emas, pengurusan kewangan dan motivasi kehidupan di Facebook pada setiap hari. Boleh follow saya di https://www.facebook.com/hafizul.hakim.90

2 thoughts on “GAP: Cara Membeli Emas Dengan GAP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *