PDF Download    Send article as PDF   

بسم الله الرحمن الرحيم

Bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

KUALA LUMPUR: Bakal pelabur perlu mempunyai pengetahuan asas dalam pelaburan walaupun ia dibuat melalui ejen bagi mengelakkan mereka tertipu selain menyelidiki syarikat pelaburan yang ingin disertai terlebih dulu terutama jika membabitkan jumlah besar.

Jangan mudah terpedaya dengan word 'UNTUNG' .. Dapatkan ilmu yang jelas tentang sesuatu pelaburan

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusoff Abdul Rahman, berkata sudah banyak kes penipuan membabitkan skim pelaburan dilaporkan disebabkan bakal pelabur kekurangan ilmu berkaitan skim disertai.

“Ia termasuk tidak mengetahui sama ada syarikat yang dilabur itu benar-benar wujud selain mudah terpengaruh testimoni pelabur yang berjaya dalam pelaburan berkenaan sebelum ini.

“Tambahan pula jika pelaburan dibuat melalui ejen, selain perlu pastikan ejen yang sah sebaik-baiknya pelabur berurusan dengan pihak yang mengendalikan projek dalam pelaburan berkenaan. Dibimbangi jika pelaburan melalui ejen, ejen itu bukan yang dilantik syarikat pelaburan sebaliknya mengambil kesempatan mengaut keuntungan,” katanya.

Harian Metro kelmarin melaporkan mengenai seorang wanita yang berputih mata apabila RM960,000 dilaburkan dalam pelaburan hartanah antarabangsa di Australia lesap apabila dilarikan lelaki menyamar orang tengah skim itu.     Difahamkan, mangsa membuat laporan polis Khamis lalu, tidak menyangka lelaki berusia 29 tahun itu menjadikan dia dan rakan sebagai penyumbang dana bagi pelaburan dibuat lelaki terbabit.

Komen Admin:

  1. Dalam pelaburan emas juga sama. Jangan mudah terpengaruh dengan skim yang menawarkan pulangan bulanan, untuk mendapat pulangan maksima anda perlu tahu berapa susut nilai ditawarkan dan juga sijil ketulenan yang membuktikan/mengesahkan ketulenan emas tersebut.
  2. Untuk tahu lebih lanjut tentang pelaburan emas kena rajin membaca, bertanya dan pergi ke seminar emas yang berdekatan dengan anda.

Hafizul hakim

   

© 2010 Public Gold Sarawak Suffusion theme by Sayontan Sinha