PDF Download    Send article as PDF   

بسم الله الرحمن الرحيم

Bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Daripada topik ini, jelas sekali faktor terpenting sebelum melabur ialah anda mesti berilmu. Kemudian proaktif dan diikuti dengan ciri-ciri lain.

Di dalam pelaburan emas. Apakah yang dimaksudkan dengan berilmu?
Untuk pelaburan emas, pelabur yang berilmu saya takrifkan sebagai pelabur yang mengetahui bagaimana:

  1. Memilih emas pelaburan yang betul (klik sini)
  2. Membeli daripada institusi yang betul (klik sini)
  3. Spread (susut nilai) yang betul (klik sini)
  4. Simpan di tempat yang betul (klik sini)

Kemudian anda perlu bijak membezakan diantara pelaburan emas yang betul, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya bertopengkan emas (klik sini).

Ini kerana pelaburan emas yang betul sangat menguntungkan tetapi jika anda terjerumus di dalam skim pelaburan emas maka anda boleh rugi banyak.

Apa yang ditakrifkan dengan Proaktif?

Pelabur emas yang proaktif ialah pelabur yang sentiasa memantau pergerakan harga emas dan juga berita-berita semasa yang mempengaruhi harga emas, contohnya Kitco news atau Bloomberg commodity news. Kenapa?

Ini membolehkan pelabur emas proaktif mengetahui bilakah masa terbaik untuk membeli emas dan masa terbaik untuk menjualnya. Contohnya menggunakan Meta Trader 4 dan melukis trendline.

Kalau nak main teknik gadaian maka anda perlu tahu bila masa terbaik untuk menggadai emas dan masa terbaik untuk menebusnya.
Semua ilmu ini anda perlu belajar. Kena start dari kosong. Zero to hero.

Jadi, untuk mendapat ilmu pelaburan emas dengan pantas anda boleh:
1. Membaca semua isi kandungan website publicgoldsarawak.com sampai habis (klik sini)
2. Menghadiri seminar-seminar yang saya anjurkan (klik sini)
3. Menghadiri apa-apa sahaja seminar berkenaan pelaburan emas @ skill2 emas.
4. Membeli apa-apa sahaja buku mengenai pelaburan emas di kedai buku.

Dengan melaburkan sedikit wang dan masa anda untuk mendalami ilmu pelaburan emas, saya yakin anda akan mendapat ilmu yang betul dan boleh menjana keuntungan dengan pelaburan emas.

Saya sendiri melaburkan ribuan RM untuk memahami selok belok pelaburan emas. Kebanyakan di dalam bentuk buku dan seminar. Alhamdulillah saya menjadi pelabur emas yang sangat berjaya. Banyak ilmu emas yang saya kongsikan di dalam seminar-seminar saya.

Jadi sesiapa yang datang ke seminar saya akan dapat banyak ilmu emas


Hafizul hakim

   

© 2010 Public Gold Sarawak Suffusion theme by Sayontan Sinha