Untuk mendapat pulangan keuntungan yang maksimum, pelabur emas disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:
- Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
- Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik dapat guna Teknik Ar-Rahnu
- Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9
- Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
- Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
- Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.
Perbandingan / Comparison
Terdapat beberapa pembaca yang mahu saya catatkan sedikit analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.
Kijang Emas

Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu.
Spread 1oz (4%), 1/2oz (6%), 1/4oz (8%) (source BNM Website)
Tidak boleh lock harga.
Tidak boleh booking.
Perlu dapatkan sendiri di Maybank.
Stok sering habis.
- 10 gram – 14.24%
- 20 gram – 12.74%
- 50 gram – 12.55%
- 100 gram – 12.08%
- 500 gram – 9.39%
- 1kg – 8.31%
- Tidak boleh lock harga
- Plastik tidak boleh dibuka
- Tidak boleh calar
- Resit mesti dibawa sekali
UOB Bank
Boleh dibeli di UOB Utama sahaja.
- Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
- Perlu dapatkan sendiri di OUB office hour 9:00 pagi – 4.30 ptg
- Stok selalu habis
- Mesti bawa resit asal masa jual balik
- Tidak boleh buka sarung
- Tidak beli semula jika tercalar.
Pamp Suisse

- Boleh dibeli di kedai emas tertentu. Kalau di Kuching ada dijual di Kedai Habib Jewel, Spring
- Spread antara 10%-30% mengikut kedai.
- Kalau buka sarung akan tolak harga.
- Kalau emas minting ada workmanship cost & kalau emas casting tidak ada workmanship cost
Kuwait Finance House Gold
Kekurangan KFH Gold Account-i
- Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya mempunyai ketulenan 999.9 .
- Spread RM5 segram (sederhana tinggi)
- Cawangan yang terhad
- Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
- Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
- Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.
- Jika boleh digadai sekalipun akan menggunakan rate emas 950 sahaja =)
Bunga Raya

- Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja.
- Spread 15%-25%.
- Buka sarung tolak harga.
Barang Kemas
-

- Boleh dibeli di mana-mana kedai emas.
- Harga tinggi berbanding pasaran.
- Spread 20%-40%
- Tidak di consider atau dikategorikan sebagai emas pelaburan
Public Gold, Public Dinar, Public Silver & Public Jewelleries
- Boleh dibeli daripada mana-mana agen di seluruh Malaysia.
- Spread 5%-6% sahaja
- Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama.
- Boleh booking dan lock harga 24 jam.
- Independent Assayeryang SAH di Malaysia
- Emas 999.9 – 20g, 50g, 100g & 250gram
- Dinar Emas – 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar
- Jongkong Perak – 250gram, 500gram & 1 kilogram
So terfikir nak beli yang mana satu dah? Hubungi saya 019-8884452 jika anda berminat membeli emas Public Gold =)
Topics Related:
(updated 13 December 2011)



Ilmu paling basic anda perlu tahu tentang pelaburan emas fizikal =)
Salam, spread Kijang Emas tu kena ulangkaji balik. Saya kira tadi spreadnya lingkungan 3% – 7% sahaja.
Salam, Bank UOB dan bukannya OUB
Thank you ikram for the correction..
Utk kijang i dah kira balik..
spread 4% , 6% & 8%.. =)
thankx.byk ilmu dpt dr awk
terima kasih
salam..
nk tanya camne plak investment emas dlm maybank?
wslm, pergi ke kaunter maybank cakap nak beli kijang emas =) kalau ada stok lah.. tak boleh lock harga… kalau pergi pajak, ada calar then tak boleh nak jual balik dengan maybank..
terima kasih rokiah =)
cuba fikir logic.. semua pelaburan emas yang betul TIDAK menawarkan pulangan secara bulanan!
saya nak tanya, kalau kita beli jenis2 emas seperti yg di atas ni, memang semua boleh di pajak di ar-rahnu ker?
public gold dari segi shariah compliance camner yer?islamic tak?
1 lagi..kalau kita beli emas dari bank2 yg berbeza, harga naik dan turun dia lain2 ker sama jer?
kalau lain, kenapa jadi camtu?saper yg kawal?
Assalamualaikum, terima kasih d atas pertanyaan.
1. Ar-Rahnu yang sedia ada di malaysia hanya menerima emas perhiasan untuk dipajak.
2. Syariah compliance. Emas itu wujud (stok ada), memang hak milik penuh anda.
1. yang kat bank paper atas kertas. emas fizikal itu sendiri tak wujud. (ada pertikaian dari segi hukum syarak). for me kalau beli emas better beli emas yang betul-betul wujud, dapat dipegang dapat dipajak in case perlu.
2. harga emas bukan harga kawalan. Turun/naik harga berdasarkan harga emas dunia.
means kalau kita beli PG, and nak jual balik untuk dapatkan duit camner yer?kena g bank ker ar-rahnu ker camner?
salam,nak tanya lagi..
1) pelaburan emas ni boleh berfungsi sebagai perlindungan cam insurans/takaful tak?
2) kalau harga emas bukan kawalan, kenapa harga segram emas berbeza antara bank2 yer?
3) syariah compliance guna konsep apa yer?
4)kalau dah beli emas, memang boleh tukar ke wang kertas bila2 masa jer ker kalu diperlukan?
1. emas ni pelaburan komoditi berbeza dengan pelaburan paper investment seperti yang u sebut (insurans etc).
2. dah ikut harga emas dunia. spot gold price .. sila rujuk artikel harga emas malaysia dan dunia.
3. kalau jual beli islam konsep mcm mana yang u rujuk?
4. betul, anytime boleh jual balik utk tukar kepada wang kertas.
kalau jual emas perlu syariah, semua kedai emas kat Malaysia ni perlu benda yang sama =)