Cukai barangan & perkhidmatan (Goods and Service Tax)

Free PDF    Send article as PDF   

Salam sejahtera semua,

Baru-baru ini semua dikejutkan dengan perlaksanaan GST (Goods and Service Tax) oleh kerajaan Malaysia sejurus daripada pembentangan bajet 2012. Sebelum kita melatah adalah lebih baik kita mengetahui apa maksud GST dan tujuan perlaksanaannya.

Apa itu GST?

GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan.

Kadar GST
Kadar GST dicadangkan pada 4% iaitu lebih rendah dari kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa sekarang.

Mengapa GST perlu dilaksanakan?

Pelaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengelakkan berlakunya:-

Cukai terselindung
Kesan: cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada pemborong dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin keuntungan.

Cukai bertindih
Cukai bertindih (double taxation) berlaku di dalam dua keadaan iaitu:-

1. Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu samada di bawah cukai jualan atau di bawah cukai perkhidmatan.
Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai perkhidmatan yang dikenakan merupakan sebahagian daripada kos menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

2. Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barang berkaitan dikenakan cukai jualan serta cukai perkhidmatan.
Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

Komen admin: Atas apa jua nama atau terma dipakai semua cukai-cukai yang dikenakan adalah disebabkan oleh kadar inflasi yang semakin meningkat. Bagi mereka yang mempunyai pengetahuan asas tentang emas, mereka tahu mereka hanya ada 2 pilihan saja iaitu:

  1. Membiarkan simpanan mereka dimamah inflasi sebanyak 4-5% setahun (E.g RM1,000,000 kuasa belinya susut sebanyak RM40,000 setiap tahun!)
  2. Atau menukarkan simpanan yang ada kepada bentuk emas fizikal agar nilainya tidak terjejas oleh inflasi malah menguntungkan penyimpan emas tersebut! (E.g RM1,000,000 tukar ke bentuk emas fizikal. Kenaikan harga emas secara purata setiap tahun adalah 20% @ RM200,000 setahun!)
Jadi di sini pilihan  mana yang anda nak? Tepuk dada tanya selera.
Dibawah ini adalah video Robert Kiyosaki menerangkan apakah itu deflasi, inflasi dan kesannya terhadap kita.

 

Original Article:

Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta

Master Dealer (A350)

019-8884452

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam