Aug 132011
 
PDF Download    Send article as PDF   

Hukum membeli emas secara ansuran.

Kitab Al Muwatta’ :

Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn al-Khattab menyatakan, ” Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali sama untuk yang sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia  pergi ke rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu.” Rama ialah riba.

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Abu’z-Zinad mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, “Riba hanya terdapat di dalam emas atau perak atau apa ditimbang atau diukur daripada apa yang dimakan atau minum.”Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, “Menyembunyikan  emas dan perak daripada pengedaran  adalah  sebahagian daripada daripada kerja fasad/kemusnahan  diatas muka bumi.”
Apa yang dapat kita faham dari apa yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al khatab r.a. dan Tabiin seperti Said ibn al Mussayab bahawa :Pertukaran EMAS dengan EMAS & PERAK dengan PERAK mestilah
  1. Mutamathilan – mesti sama berat timbangannya. Jika tidak berlaku riba tafadhul (melibatkan penambahan berat).
  2. Mesti ‘Taqabud fil hal au majlis’ ( diserah dan terima dalam satu masa). Jika tidak berlaku riba an nasiah.(melibatkan penangguhan).
  • Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.
  • Bagi yang memahami asal usul wang kertas, tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum – hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulamak – ulamak terdahulu.
  • Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.
  • Wang kertas bukan emas, jadi hukumnya harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.

Wallahu’ alam.

Kuliah Muamalat : Dinar dan dirham dalam muaalat Islam
21 November 2009 (Sabtu ) Lepas solat Maghrib
Masjid Sg. Ular, Kulim , Kedah

Sumber: Dinar2dirham.com
Ok, saya bagi contoh pengiraan pembayaran EPP dengan Public Gold…..
Jika pembeli membeli ingin membeli Bar emas 10gram…
            Harga sekarang         = RM1,885.00
            Admin fee 0.5%          = RM9.43
            Bayaran ansuran  pertama      = RM471.25 + RM9.43
            Bayaran bulanan kedua dan seterusnya = RM471.25
  • Jadi pada bulan pertama, iaitu bulan pembelian dibuat, pelanggan hanya perlu membayar amaun sebanyak:
  • RM471.25 + RM9.43 (admin fee) = RM480.68
  • Bulan berikutnya, pelanggan hanya perlu membayar RM471.25 sahaja.
  • Setelah pembayaran selesai dibuat, barulah pihak Public Gold akan memberikan emas kepada anda..
  • Mudah kan??? Sekurang-kurangnya, dapat meringankan beban pelanggan yang berminat membeli emas…
Soalan famous:
  1. Katakan saya nak bayar separuh pada bulan pertama dan kemudian separuh lagi pada bulan kedua.. Boleh tak?
Jawapan: Boleh. Tiada masalah.
      2. Bila saya akan dapat emas let saya pakai EPP ni?
Jawapan: Setelah settle payment baru dapat emas yang anda beli ini.
     3. Kalau saya nak beli silver bar boleh tak pakai EPP ni?
Jawapan: Boleh. Tiada masalah.

Hafizul hakim

  17 Responses to “Beli Emas Public Gold dengan Easy Payment (EPP)”

  1. EPP TOK HANYA UTK 2 BLN JK KA OR DPT UTK BEBERAPA BULAN..?

  2. limit 4 bulan sahaja

  3. salam… apa prosedur utk beli dgn EPP? di mana urusan dibuat? semua agen public ada kemudahan ini kah? TQ

  4. Wslm, very easy.. call any agent PG u kenal.. Semasa lock harga bagitau u nak beli emas guna EPP. Detail diperlukan:
    1. Nama penuh
    2. email
    3. no fon

    1st payment adalah 25% dari jumlah item yang u lock tadik

  5. EPP tok boleh utk Dinar ka??

  6. boleh.. call wife kmk 019-8892200 mun ktk nak lock epp. provide nama, email and no phone

  7. mcm la 1st payment byr RM471.25 + RM9.43…and then 2nd payment utk bln ke-2 nk byr 1k…p 3rd payment utk bln ke-3 nk skip byr…4th payment utk bln ke-4 bok bayar balance abis…blh ka…???????

  8. qhaierul amrie: boleh..as long as accumulate payment tu dah ckp..cthla kan 1K..4 bln 250 each…
    let say la bln ke 2 u cant pay, u must pay rm500 in 1 st month ya + admin fee (this one wajib byr 1st payment)..so bln ke-3 bru byr lg another 250..
    but! if 1st month byr just 400..bln ke 2 x byr, cannot sbb suppose in 2 month, dh byr rm500..fhm ka?

  9. salam.. kamek ada membaca artikel dekat website zaharuddin ya pasal bayar ansuran.. based on komen yg dibaca , ada sigek komen tok yg nanyak pasal locking price and UZAR padah haram..apa komen ktk?

  10. Wslm,

    HuKum Membeli emas dengan wang kertas secara bertangguh (fiat)

    - Ustaz Rafidi

    Hukum membeli emas dengan duit kertas secara jualbeli salam (order) adalah harus kerana hadis tersebut hanya menyebut emas , perak dan makanan dengan tempoh simpanan sahaja sebagai barang ribawi. Emas dan Perak apabila ditukar atau berjualb…eli antara keduanya jadi riba jika bertangguh sebab satu illah (sebab) tapi boleh berlebih kurang.

    Syarat kesepuluh dalam jualbeli salam ( Kitab Sairus Salikin) JANGAN ADA SESUATU YANG DIBELI DENGAN AQAD SALAM ITU MAKANAN JIKA HARGANYA MAKANAN, SAMADA IA DARI JENISNYA ATAU DARIPADA LAIN JENISNYA KERANA AQAD SALAM ITU BERTANGGUH (JADI RIBA TANGGUH). DEMIKIAN JUGA JANGAN ADA SESUATU DALAM AQAD SALAM ITU EMAS DENGAN PERAK. JIKA HARTA YANG DIJADIKAN HARGANYA ITU EMAS DAN PERAK KERANA DEMIKIAN ITU JADI RIBA SEBAB BERTANGGUH.

    Jelas yang disebut harta dan harga disini yang tidak dibolehkan dalam jualbeli salam ialah :1. Emas ditukar dengan Perak atau sebaliknya. 2. Makanan ditukar dengan makanan lain yang satu jenis atau sama jenis.

    Yang lain daripada yang disebut diatas boleh. Samada Perak ditukar dengan makanan atau emas dengan makanan. Ada pun duit kertas tidak termasuk barang ribawi kerana ia bukan emas. Kertas ditukar dengan emas harus berlbih kurang dan bertangguh kerana ia bukan satu illat emas atu perak.

    Yang menjadi kita keliru sekarang ini kerana ada orang mengangkat level wang kertas sama dengan emas dan perak. Bila levelnya sama maka jualbeli salam jadi riba padahal tak riba. Zakat kertas tak ada dari hukum asalnya , tetapi diadakan kerana levelnya sama dengan emas dan perak. Mudharabah yang asalnya hanya harus dengan emas dan perak sahaja, yang laintak boleh tetapi dibolehkan kerana wang kertas telah diangkat sama level dengan emas dan perak. Mereka ini sebenarnya telah menukar dari harm jadi halal atau halal jadi haram.

    Kesimpulan : Harus menukar kertas dengan emas secara tangghu , tiada riba tangguh disitu pada jualbeli salam.

  11. salam sdr hafizul, nak tanya siapa ustaz Rafidi? mohon beri detail penuh – nama, jawatan serta macam mana saya boleh hubungi beliau secara terus untuk dpt penjelasan lanjut. Saya berminat melabur..cuma nak pastikan PG ni betul2 berlandaskan syariah Islam. Mungkin boleh berurusan dgn saudara nanti..

  12. wslm, sure boleh.. memang urus beli berlandaskan syariah dan muamalah islam: pembeli, peniaga, wujud barang serta persetujuan harga..
    yang belum dapat lagi adalah ‘syariah license’ tu.. Tengah diusahakan… Genneva pun dpt syariah takkan PG tak dapat kan. =)

    Al – Faqir Ust. Hj Rafidi Hashim
    019 4365763
    email : dirham2d@gmail.com
    pd7178@yahoo.com.my

  13. katalah mun harga emas turun kmk nak lock bolehkah?

  14. lock jak..sekda masalah…

  15. Assalamualaikum Hafizul, saya minta izin nak gunakan beberapa artikel PGS untuk blog saya.

  16. wslm, silakan tuan..
    Tuan adalah dealer PGS =)

  17. Soalan:
    Ustaz, saya ada mendengar bahawa barangan emas tidak boleh di beli secara ansuran, adakah ia benar dan mengapa? Untuk makluman, jual beli emas secara tangguh ini amat berleluasa terutamanya di Kelantan.

    Jawapan dari Ustaz Zaharuddin
    Emas di Jual Beli Secara Ansuran.

    Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.

    (Sumber: http://zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/286-hukum-beli-emas-secara-ansuran-a-trade-in.html)

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>