Apa itu ASET & Apa itu LIABILITI ?

Fax Online    Send article as PDF   

Salam Sejahtera pembaca setia; cewahh .. ada ka yang setia? hehehe…

  1. Ok… Kali ni, saya akan berkongsi ilmu tentang macam mana nak kenal ASET dan macam mana nak kenal LIABILITI.
  2. Tahukah anda apabila kita dapat mengenal pasti dan memahami apa itu ASET dan apa itu LIABILITI, maka kita berpeluang mencapai “TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN” paling kurang pun berjaya membuat keputusan terbaik dlm kehidupan kita…
  3. Ini kerana 99% manusia di dunia ini telah MEMBAZIRKAN USIA mereka dengan membeli LIABILITI. Hanya 1% manusia sahaja yang BETUL-BETUL membeli ASET dalam hidup mereka.
  4. Dan golongan 1% ni benar-benar memahami apa yang dikatakan ASET dan apa yang dikatakan LIABILITI. Orait.. let’s go for detail… =)

Apa yang dikatakan ASET adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

(1) wang tunai anda bertambah

….CARANYA adalah dengan MENYIMPAN WANG TUNAI ANDA DI BANK / KOPERASI yang dapat MEMBERI PULANGAN FAEDAH MELEBIHI KADAR INFLASI SEMASA

(2) harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai dalam tempoh tertentu

….CARANYA adalah dengan MEMBELI DAN MENYIMPAN EMAS

(3) perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai positif

….CARANYA adalah dengan MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI dan TIDAK BERUBAH.

(4) pelaburan yang anda buat memberi pulangan keuntungan yang positif

….CARANYA adalah dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG POSITIF. tiada hutang tertunggak dari penyewa.. hehe

Apa yang dikatakan LIABILITI pula adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

(1) wang tunai anda berkurangan

…CONTOHNYA dengan berbelanja boros @ berbelanja tanpa beringat.. kadang2 I pun dlm kategori ini

(2) harta yang anda beli itu menjadi semakin menurun nilai dalam tempoh tertentu

…CONTOHNYA dengan membeli RUMAH @ KERETA yang tidak sesuai dengan perolehan pendapatan anda

(3) perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai negatif

…CONTOHNYA dengan TIDAK MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI DAN TIDAK BERUBAH

(4) pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negatif

…CONTOHNYA dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG NEGATIF. mendapat penyewa yg durjana, mala delay payment sampei 3 bulan.. mok dpt ilmu tok better refer buku Azizi Ali lah.. Jutawan Rumah  =p

(5) hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan wang tunai

…CONTOHNYA dengan ‘mengikat diri’ pada SKIM BAYARAN MUDAH, KAD KREDIT dan PINJAMAN PERIBADI..

Kesimpulannya, anda mesti MEMBELI ASET YANG BETUL dan MENGELAKKAN DIRI daripada terperangkap dengan MEMBELI LIABILITI. Ingat !!! Ini adalah SYARAT UTAMA jika anda serius nak mencapai kebebasan kewangan yang sebenar.

Kesimpulan:

  • “ORANG kurang bijak ( 99% ) membazirkan umur dengan MEMBELI LIABILITI. Manakala ORANG Bijak ( 1% ) pula memanfaatkan nikmat umur yang diberi untuk MEMBELI ASET yang betul.
  • Inilah SEBAB UTAMA yang menjadi punca mengapa orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin “
  • Robert Kiyosaki sering menyebut, cara termudah untuk mengenal pasti mana satu aset dan mana satu liabiliti adalah: Apa-apa yang masuk ke dalam poket anda digelar ASET & apa-apa yang KELUAR dari poket anda adalah liabiliti.

Hafizul hakim

Penyimpan, Pelabur Emas, Speaker rasmi Public Gold

You may also like...

2 Responses

  1. Clex says:

    Hartanah bukanlah liabiliti. Even kita dapat cashflow negatif sekalipun, harga rumah biasanya akan terus meningkat kalau kena pada tempatnya.

  2. Hafizul hakim says:

    correct =) if kena pada tempatnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam